Burger King Tawar £5.7 Juta Kepada Zenit Untuk Tukar Nama Kepada ‘Zenit Burger King’

Duit dan bola sepak sememangnya tak dapat dipisahkan. Tetapi jika ada orang sanggup memberi anda duit yang banyak untuk menukar jati diri anda, sanggupkah anda menerima/menolaknya?

Inilah yang berlaku kepada kelab Russia, Zenit St Petersburg baru-baru ini.

Pagi Jumaat semalam (2 September 2016), seorang wartawan sukan Itali, Stefano Conforti mendedahkan beliau bahawa syarikat restoran francais burger dari Amerika Syarikat, Burger King mahu membeli hak nama Zenit St Petersburg.

Di akaun Twitter beliau, Conforti memuat naik surat permohonan yang ditulis oleh Burger King yang mahu membayar 500 juta rouble (£5.7 juta atau RM31.4 juta) untuk hak menukar nama ‘Zenit St Petersburg’ kepada ‘Zenit Burger King’!

Berita ini kemudiannya disahkan oleh wartawan sukan Russia, Artur Petrosyan dalam akaun Twitter beliau.

Zenit tolak dengan bergaya

Disebalik tawaran yang lumayan itu, Zenit St Petersburg melakukan apa yang bakal dilakukan oleh mana-mana kelab bola sepak yang mempunyai kelas – mereka menolak tawaran tersebut.

30 minit selepas berita tersebut tersebar, akaun Twitter rasmi kelab Russia tersebut memuat naik tweet berikut:

Selain mengajukan soalan “Siapa raja sekarang?” (merujuk kepada perkataan King pada nama Burger King), Zenit turut memuat naik gif mereka ‘menampar Burger King’ yang diadaptasi dari siri HBO Game of Thrones.

Bagi kami, inilah cara paling bergaya sekali untuk menolak tawaran Burger King.

Pasukan media sosial Zenit wajar dipuji

Ini bukan kali pertama pasukan media sosial Zenit memuat naik kandungan yang berkualiti di platform Twitter mereka.

Beberapa bulan lepas, kami pernah menulis artikel tentang respons Zenit kepada akhbar Daily Mail yang mencalonkan logo Zenit sebagai salah satu daripada 10 logo kelab terburuk di Eropah.

screen-shot-2016-09-03-at-1-19

Kemudian mereka pernah memuat naik gambar pasukan untuk musim terbarunya dengan gaya paling unik.

nike-zenit

Untuk memuji bekas penyerang mereka, Hulk, pasukan media sosial Zenit sekali lagi tak mengecewakan apabila memuat naik video ini:

Berbalik kepada isu Zenit dengan Burger King, kami gembira melihat Zenit lebih mengutamakan identiti kelab mereka berbanding duit.

Lagipun ada banyak lagi cara untuk sebuah kelab bola sepak mendapatkan duit tanpa mengorbankan identiti mereka.

Baca juga: Zenit St Petersburg Marah Dan Melawan Apabila Akhbar UK Kutuk Logo Kelab Mereka

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN