Burger Ayam ‘Ciput’ Antara Pengalaman Pahit Penyokong Di SSMZA

Tular di media sosial apabila ramai penyokong bola sepak Terengganu membuat beberapa rungutan mengenai pengalaman mereka ketika di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) untuk aksi separuh akhir Piala FA 2024/2025.

Walaupun Terengganu meraih kemenangan sulung mengatasi Selangor yang membawa mereka kini selangkah ke pentas akhir kejohanan tersebut, para penyokong tuan rumah juga tak terlepas untuk mengalami pengalaman pahit sepanjang aksi berlangsung.

Antara perkongsian paling mencuri tumpuan di media sosial, pastinya terarah kepada pengalaman penyokong yang merasai kualiti buruk burger di stadium tersebut.

Menerusi perkongsian Wan Mohd Nazri di Facebook, beliau tampil dengan satu gambar burger telah dibelinya semalam yang boleh kita anggap sangat menyayat hati pembuatannya.

Bersama dua roti burger yang disertakan, Wan hanya memperoleh dua ketul ayam goreng bersaiz batu ‘kerikil’ di tengah dan tiada sebarang sayur atau mayonis diletakkan sekali.

Malah, sos juga diberikan secara berasingan untuk menyaksikan Wan perlu membayar harga RM6 untuk juadah burger tersebut di SSMZA.

“Puas hati doh burger ade ayam kepci 2 tokol..nok cari duane tokey burger baik hati gini nege sambil bersedekoh

Mujur TFC menang..kalau kaloh tobak terbang abis doh kusi dalam stadium malam,” luah Wan sehingga mendapat banyak maklum balas di media sosial.

Pada masa sama, Azizah Ismail turut berkongsikan gambar burger milik beliau yang didapatinya di sekitar stadium dengan keadaan boleh dianggap lebih menyedihkan.

Menurut Azizah, beliau hanya memperoleh sedikit timun dan sos sahaja di bahagian tengah tanpa seketul ayam pada tanda harga RM5 bersama bukti foto.

“Oke tu ade secobek.. kita timun ngan sos je. Ayam dok tahu pah mana 5 yaaa,” komen Azizah Ismail mengenai pengalaman beliau bersama burger di stadium.

Selain itu, Si Ayeng turut berkongsikan foto burger daging milik beliau semalam yang boleh dianggap sangat menyedihkan sehingga ada komen menggambarkan sebagai makanan untuk kucing.

“Nangis tengok beger daging 5ya… daging sekeping kerat 8,” kata Si Ayeng dan mendaat pelbagai reaksi komen lain dari orang ramai mengenai keadaan burger beliau.

Terdahulu, isu burger ini juga tular di Kedah, dengan salah seorang penyokong iaitu Daniel Kincaid turut menghadapi isu lebih kurang sama mengenai kualiti ditampilkan GTR Burger.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN