Wolfsburg terselamat dari menerima nasib buruk apabila berjaya melepasi cabaran Holstein Kiel pada perlawanan penentuan ‘promotion-and-relegation’.
Kemenangan agregat 4-1 itu membolehkan kelab yang dibimbing Bruno Labbadia itu kekal untuk beraksi dalam saingan Bundesliga musim hadapan.
Kelebihan selesa di perlawanan pertama
Dalam perlawanan pertama di Volkswagen Arena, Wolfsburg, Divock Origi menjaringkan gol pada minit ke-13. Kemudiannya, pemain Kiel, Kingsley Schindler menyamakan kedudukan menerusi gol beliau pada minit ke-34.
Josip Brekalo menambah gol kedua untuk Wolfsburg 5 minit sebelum rehat separuh masa. Apabila separuh masa kedua berlangsung, Yunus Malli menjaringkan gol ketiga untuk tuan rumah.
Kelebihan mempunyai 3 gol selesa buat Wolfsburg sebelum bertandang ke Kiel.
Kiel karam
Dalam perlawanan kedua pagi tadi, Robin Knoche menanduk masuk bola ke gawang yang dijaga oleh Kenneth Kronholm.
Cubaan tuan rumah untuk mengurangkan defisit jaringan masih gagal menemui penyudah.
Gol pada minit ke-88 oleh pemain Kiel, Raphael Cichos pula dibatalkan.
Gol itu dibatalkan setelah Video Assistant Referee (VAR) mengesan bola telah terkena Raphael yang merupakan kapten buat Holstein Kiel.
Akhirnya Kiel tidak mampu mengejar kelebihan pada Wolfsburg.
Holstein Kiel kekal bersaing dalam 2.Bundesliga. Musim ini mereka menduduki tangga ke-3 divisyen tersebut yang memberi peluang merasi aksi perlawanan play-off.
Perlawanan play-off tempat ketiga 2.Bundesliga menentang pasukan tangga ke-16 Bundesliga. Pemenang akan meraih slot untuk beraksi dalam Bundesliga pada musim hadapan.
Loceng amaran lagi
Wolfsburg sebenarnya sudah dua kali berturut-turut terselamat melalui slot play-off. Musim lalu, mereka menewaskan Eintracht Braunschweig untuk kekal di Bundesliga.
Jika tidak reputasi mereka selaku juara Bundesliga pada 2009 akan tercalar.