Bundesliga: Rekod Tanpa Kalah Bayern Lebur Selepas Dibelasah Hoffeinham

Hoffenheim Bayern Munich Bundesliga

Prestasi cemerlang penyerang Hoffenheim, Andrej Kramaric pada awal musim ini diteruskan dengan menjadikan pemenang kejuaraan quadruple, Bayern Munich sebagai mangsa terbaharunya dengan menjaringkan dua gol untuk membantu pasukannya menang besar 4-1 ke atas juara Bundesliga tersebut.

Keputusan tersebut juga menyaksikan Hoffenheim menamatkan rekod 32 perlawanan tanpa kalah dan 23 kemenangan berturut-turut The Bavarians dalam semua pertandingan selepas kali terakhir skuad kendalian Hansi Flick itu tewas adalah pada Disember 2019.

Bayern yang masih segar dengan kejayaan menjulang Piala Super Eropah selepas menumpaskan Sevilla tempoh hari meletakkan Robert Lewandowski di bangku simpanan dan memberi peluang kepada penyerang muda, Joshua Zirkzee sebagai penyerang tunggal.

Namun juara Eropah tersebut dibolosi dua gol dalam tempoh lapan minit selepas tembok pertahanan yang kebiasaannya cukup ampuh akhirnya runtuh disebabkan asakan Hoffeinham yang mendahului menerusi tandukan Ermin Bicackcic pada minit ke-16 dan disusului jaringan cantik Manus Dabbur.

Joshua Kimmich berhasil merapatkan jurang dengan rembatan lencong tepat ke penjuru gawang pada minit ke-36 dan Bayern perlu menyalahkan diri sendiri setelah terlepas beberapa peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan pada awal babak kedua.

Bagaimanapun Andrej Kramaric yang sebelum itu percubaannya terkena tiang memusnahkan usaha Bayern untuk bangkit dengan gol ketiga pada minit ke-77 dengan bijak mengawal hantaran lintang Ihlas Bebou sebelum membuat pusingan dan merembat kencang mengatasi penjaga gol Manuel Neuer.

Penyerang Croatia tersebut kemudian meledak gol ketujuhnya musim ini pada masa kecederaan menerusi sepakan penalti selepas Neuer dipersalahkan kerana menjatuhkan Bebou dan sekaligus memberikan kemenangan bermakna buat Hoffeinheim.

Kredit Foto: Bundesliga

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Jerman:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN