Borrusia Dortmund, Bayern Munich dan 8 lagi pasukan dari Bundesliga mendominasi 30 senarai jumlah kehadiran terbaik di Eropah.
Menurut kajian yang dijalankan oleh DeporFinanza (setakat 26/10/17), pasukan dari Liga Jerman ini jelas mendominasi jumlah kehadiran penonton dengan menobatkan Borussia Dortmund di senarai teratas dengan merekodkan jumlah purata kehadiran sebanyak 80,830 orang.
Berikut adalah 9 lagi pasukan dari Bundesliga yang turut merekodkan purata kehadiran penonton yang agak baik berbanding pasukan-pasukan dari negara Eropah yang lain.
- Bayern Munich (75,000)
- Schalke 04 (61,159)
- Vfb Sttugart (54,392)
- Hamburger (52,851)
- Borussia Monchengladbach (50,621)
- Hertha Berlin (49,699)
- FC Koln (49,425)
- Eintracht Frankfurt (48,875)
- Hannover 96 (47,125)
Menurut portal rasmi bundesliga.com, pencapaian ini adalah disebabkan beberapa faktor dan memang sudah menjadi lumrah suasana dan budaya bola sepak di sini banyak membantu kepada kehadiran penonton ke stadium.
Seperti contoh, harga tiket adalah serendah 11 pounds dan anda boleh merasai pengalaman menonton bola sepak yang menghiburkan dengan dikenakan harga tiket yang sangat berbaloi.
Selain itu, kapasiti stadium yang besar seperti di Signal Iduna Park telah mencecah kehadiran melebihi 81,000 membantu akan peningkatan kehadiran penonton ini.
Suasana hebat di dalam stadium yang disajikan oleh para penyokong fanatik Bayern Munich di Allianz Arena dan Schalke di Veltins Arena jelas menarik penonton ke stadium seterusnya meningkatkan purata kehadiran penonton ini.
Tidak dilupakan, “The Yellow Wall” di Signal Iduna Park turut menjadi faktor yang menarik minat penonton dari segenap tempat untuk merasai sendiri suasana hebat di stadium seperti yang digambarkan sesetengah penyokong fanatik yang lain.
Walaubagaimanapun, jumlah kehadiran ini masih didominasi oleh pasukan-pasukan dari Liga Inggeris, apabila merekodkan sebanyak 26 pasukan tersenarai dalam Top 100 berbanding 23 pasukan dari Liga Jerman.