Bundesliga: Klinsmann Letak Jawatan Selepas 11 Minggu

Jurgen Klinsmann meletakkan jawatannya sebagai jurulatih Hertha Berlin, hanya selepas 11 minggu daripada perlantikannya.

Klinsmann sebelum ini dilantik menggantikan Ante Covic. Dan pengurus dari Jerman itu mengesahkan perletakan jawatannya pada Selasa.

Menerusi Facebooknya, Klinsmann menyatakan: “Selepas pertimbangan yang sangat panjang, saya akhirnya memutuskan untuk meletakkan jawatan sebagai ketua jurulatih, dan kembali semula ke jawatan asal saya di lembaga pengarah [board].”

“Saya yakin bahawa, Hertha akan kekal di Bundesliga.”

Dalam satu lagi komen Klinsmann, para penyokong merasakan pengurus itu tidak mendapat sokongan yang sebaiknya daripada pengurusan tertinggi.

Beliau seolah-olah membayangkan ketika ini, di pengurusan tertinggi, mereka tak bersatu dengan beliau dan staf kejurulatihan.

“Dalam usaha keluar daripada zon penyingkiran, kesatuan, solidariti, dan konsenstrasi adalah asas yang paling penting.”

“Jika tiada jaminan untuk semua itu, maka saya tidak mampu untuk mencapai potensi terbaik dan memperkasakan tanggungjawab saya sebagai jurulatih,” tambah beliau lagi.

Pengarah Sukan Hertha Berlin, Michael Preetz sangat terkejut dengan perletakan jawatan itu. Beliau berkata: “Kami semua sangat terkejut di atas apa yang berlaku pagi ini.”

“Kami tidak diberikan sebarang indikasi di atas keputusan beliau.”

Jurgen Klinsmann sebelum ini telah membantu untuk memulikan Hertha Berlin daripada prestasi buruk di bawah Ante Covic.

Klinsmann merupakan salah satu watak penting yang dikehendaki oleh Hertha Berlin dalam merealisasikan impian kelab di masa akan datang. Ini selepas mereka menerima pelaburan besar daripada pelabur Lars Windhorst – musim panas yang lalu.

Hertha Berlin kemudian meletakkan sasaran agar Klinsmann membawa pasukan itu ke Liga Juara Juara Eropah dalam tempoh 3 tahun ini.

Bild melaporkan, Klinsmann dikatakan tidak berpuas hati dengan layanan kelab atasnya. Ini kerana Hertha Berlin enggan memberikan sebarang jaminan ke atas masa depan beliau.

Hertha Berlin mengesahkan bahawa, pembantu Klinsmann, Alexander Nouri akan mengambil alih tugasan interim, berkuat kuasa serta merta.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN