Bundesliga 2019/20: Borussia Monchengladbach Terus Gah di Puncak Dengan Kelebihan 4 Mata

Dua gol dari Patrick Hermann dan kecemerlangan Yann Sommer menyelamatkan sepakan penalti memastikan Borussia Monchengladbach meraih kemenangan 3-1 ke atas Werder Bremen sekaligus meletakkan pasukan itu kekal gah di puncak Bundesliga.

Menjelang tempoh rehat antarabangsa selepas ini, Die Fohlen memastikan mereka selesa dengan kelebihan empat mata mengatasi pasukan Bayern Munich dan RB Leipzig di tempat kedua dan ketiga.

Pengurus Marc Rose membuat beberapa perubahan pada kesebelasan utama ketika mereka menewaskan AS Roma tempoh hari dalam perlawanan Liga Europa pada Khamis.

Alessana Plea kembali ke bahagian serangan sementara kapten pasukan Lars Stindl direhatkan. Tony Jantschke pula digantikan dengan Cristoph Kramer di bahagian tengah.

Kelebihan beraksi di gelanggang sendiri dimanfaatkan dengan sebaiknya dengan asakan seawal minit pertama permainan menerusi penjaring terbanyak pasukan, Marcus Thuram yang membuat percubaan dari jarak dekat namun tersasar.

Werder Bremen yang tidak pernah mencatat rekod tanpa bolos dalam semua perlawanan musim ini ketinggalan pada minit ke-20. Laszlo Benes dengan ‘trademark’ hantaran sepakan percumanya tidak disia-siakan oleh Ramy Benebaini dengan tandukan yang menewaskan penjaga gol Jiri Pavlenka.

Sepanjang musim ini, Monchengladbach telah menjaringkan lima gol menerusi set-pieces yang diambil oleh Benes.

Dua minit kemudian, Patrick Hermann menambah gol kedua pasukannya hasil hantaran Thuram dan Bensebani hampir-hampir menghukum pasukan pelawat dengan gol ketiga namun dikecewakan dengan kecekapan Pavlenka.

Penyerang Bremen, Yuya Osaka menyangka beliau telah mengurangkan defisit, namun jaringan pemain kebangsaan Jepun itu dibatalkan selepas semakan VAR mendapati berlaku kekasaran sebelum gol dijaringkan.

Penjaga gol, Yann Sommer dipaksa bekerja keras sebelum tamat separuh masa pertama dengan menyelamatkan dua percubaan dari Milot Rashica dan Maximillian Eggestein.

Bermula babak kedua, Sommer sekali berdepan satu lagi ujian apabila Bensebani menjatuhkan Theodor Gebre Selessie di dalam kotak penalti. Sommer ternyata begitu luar biasa pada perlawanan ini apabila beliau menyelamatkan sepakan penalti yang diambil Davy Klaasen.

Minit ke-59, Monchengladbach terus melebarkan kedudukan kepada 3-0 setelah Hermann menyumbat gol keduanya. Gol itu merupakan gol keempat Hermann pada musim ini mengatasi keseluruhan tiga gol yang dijaringkan oleh pemain itu pada musim lepas.

Gol saguhati oleh Leonardo Bittencourt pada masa kecederaan terlalu lewat dan tidak dapat menghalang Monchengladbach mengutip tiga mata sementara Bremen pula kini hanya dua mata dari zon penyingkiran.

Kali terakhir Bremen mencatat kemenangan dalam Bundesliga adalah ketika mereka bertemu Union Berlin dalam perlawana keempat pada bulan September lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN