Bundesliga 2019/20: Jersi Klasik dan Pengadil Wanita Hiasi Kemenangan Bayern Munich

Bayern Munich memastikan mereka semakin selesa di puncak Bundesliga dengan kelebihan empat mata mencatat kemenangan 2-0 ke atas Augsburg di Allianz Arena pada Ahad.

Skuad The Bavarians telah merekodkan 10 kemenangan dalam 11 perlawanan liga terakhir mereka. Namun dengan ketiadaa penyerang utama, Robert Lewandowski yang dilanda kecederaan, pasukan itu hanya mencatat satu sepakan ke arah gol pada separuh masa pertama.

Sekalipun badan pengurusan Liga Bola Sepak Jerman (DFL) telah mengeluarkan kenyataan mengenai kebimbangan penularan wabak COVID-19, penyokong Bayern tetap membanjiri stadium untuk menyambut ulang tahun ke-120 kelab itu dengan suasana yang meriah.

DFL pada Ahad telah membincangkan mengenai isu COVID-19 selepas Menteri Kesihatan Jerman, Jens Spahn menggesa semua acara umum dibatalkan bagi menggesa masyarakat awam lebih banyak duduk di rumah.

Bayern Munich terpaksa menunggu sehingga minit ke-52 sebelum berjaya memecah benteng Augsburg yang bergitu berdisiplin. Thomas Muller yang membuat larian ke dalam kotak penalti berjaya menyambar hantarn lambung Jerome Boateng dengan rembatan voli yang menewaskan penjaga gol, Andreas Luthe.

Mereka kemudian menutup aksi di hadapan penyokong dengan gol kedua menerusi Leon Goretzka pada penghujung perlawana  bagi memastikan kemenangan mutlak buat pasukan tuan rumah.

Pemain Bayern memakai jersi bercorak klasik 120 tahun dahulu yang  dikeluarkan secara khas oleh Adidas untuk perlawanan tersebut. Pengadil wanita, Bibiana Steinhaus turut melaksanakan tugasnnya dengan baik sepanjang perlawanan.

Leave a Reply