Bundesliga 2019/20: Borussia Dortmund Bangkit Atasi FC Cologne Untuk Raih Kemenangan Kedua

Borussia Dortmund

Borussia Dortmund berjaya bangkit daripada ketinggalan satu jaringan untuk menewaskan pasukan yang baru dinaikkan pangkat ke saingan Bundesliga, FC Cologne (turut dikenali sebagai FC Köln ) 3-1 pada aksi yang berlangsung di RheinEnergieStadion.

Pemain muda England, Jadon Sancho menjadi antara watak penting kemenangan kedua buat Dortmund ini apabila berjaya menjaringkan satu gol dan mencipta satu bantuan jaringan.

Walaupun skuad bimbingan Lucien Favre itu menguasai permainan, FC Cologne terlebih dahulu dihadapan selepas Dominick Drexler berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke-29 berpunca daripada situasi sepakan penjuru dari sebelah kiri pintu gol Dortmund.

Jaringan penyamaan yang dinantikan Borussia Dortmund hadir pada minit ke-70 setelah Sancho yang menerima hantaran pendek daripada Thorgan Hazard, melepaskan rembatan kaki kiri dalam kawasan penalti sekaligus menewaskan penjaga gol tuan rumah, Timo Horn.

Enggan terlepas tiga mata penuh pada perlawanan ini, Borussia Dortmund menggandakan asakan berbahaya ke gawang Cologne dan mereka berjaya mencipta jaringan pendahuluan pada minit ke-86.

Hantaran lintang cantik dari sebelah kiri pintu gol FC Cologne daripada Lukasz Piszczek ditanduk masuk pemain pertahanan kiri kelahiran Maghribi, Achraf Hakimi untuk gol kedua buat Borussia Dortmund.

Dortmund kemudiannya mematikan sisa perjuangan skuad bimbingan Achim Beierlorzer hasil jaringan ketiga pada minit ke-90 menerusi Paco Alcacer.

Alcacer mudah menolak masuk bola hantaran Sancho ketika Horn sudah pun keluar dari posisinya untuk keputusan penuh 3-1 memihak Borussia Dortmund.

Keputusan tersebut meletakkan pasukan yang diketuai Marco Reus itu kini menghuni tangga teratas Bundesliga selepas mengharungi dua perlawanan, bagaimanapun kedudukan itu masih belum selamat kerana enam lagi pasukan yang mencatatkan kemenangan pada aksi sulung akan turun beraksi malam ini dan esok.

Kredit foto: Borussia Dortmund

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN