Bundesliga 2019/20: Bayern Munich Tumbang, Lima Pasukan Teratas Berkongsi 14 Mata

Nama Argis Adamyan tentu akan diingati oleh pasukan Bayern Munich selepas penyerang Hoffenheim itu menjaringkan dua gol di Allianz Arena sekaligus memadam rekod tanpa kalah Bayern pada musim ini.

Adamyan yang baru menyertai Hoffeinham musim ini mengejutkan pasukan tuan rumah yang masih dibuai mimpi indah selepas mencatat kemenangan besar 7-2 ke atas Tottenham Hotspur tempoh hari.

Serge Gnabry yang cemerlang menjaringkan empat gol tempoh hari menyangka beliau telah pun meletakkan Bayern di depan, namun jaringannya dibatalkan kerana berada pada kedudukan ofsaid. Bayern terus membuat asakan demi asakan tetapi kedudukan kekal tanpa jaringan sehingga tamat separuh masa pertama.

Bermula dengan kesilapan Tolisso yang kehilangan bola hasil terjahan bersih Dennis Geiger, pemain kebangsaan Armenia itu menerima hantaran dan menggelecek di bahagian kiri kawasan Bayern kemudian melepaskan rembatan kaki kiri menewaskan Manuel Nueur.

Ivan Perisic dan Thomas Muller kemudian dibawa masuk untuk menambah bisa serangan Bayern dan hasilnya Robert Lewandowski berjaya menanduk masuk gol penyamaan pada minit ke-73.

Enam minit selepas itu, Adamyan muncul wira Hoffeinhem dengan jaringan keduanya hasil jaringan rembatan ke sebelah kanan gawang tuan rumah.

Keputusan ini memberikan kemenangan pertama Hoffeinham ke atas Bayern di gelanggang lawan selepas 15 perlawanan dan merupakan kekalahan Bayern di tempat sendiri sejak Mac lepas.

Bayern Munich masih kekal menerauji takhta liga dan bernasib baik semua seteru lain juga turut keciciran mata selepas semuanya seri menentang lawan masing-masing.

Keputusan perlawanan lain dalam saingan Bundesliga pada minggu ini begitu menarik apabila lima pasukan teratas kini berkongsi 14 mata dan hanya dibezakan dengan perbezaan jaringan.

Tuan Rumah, Freiburg mengikut Borussia Dortmund 2-2 di Schwarzwald Stadion. Pasukan pelawat terlebih dahulu di depan pada separuh masa pertama melalui jaringan voli Axel Witsel.

Freiburg kemudian menyamakan kedudukan pada minit ke-55 hasil rembatan padu dari luar kotak penalti.  Dortmund yang sudah seri dalam dua perlawanan terakhir mereka sebelum ini mendahului sekali lagi selepas sepakan Achraf Hakimi terbias ke kaki dan terus menerjah jaring pasukan pelawat.

Pada minit-minit  akhir perlawanan, Freiburg kembali mengikut perlawanan selepas sepakan dari sudut sukar terkena kaki Akanji dan memberikan satu mata berharga buat Freiburg yang kini berada di kedudukan kedua liga.

Bayer Leverkusen dan RB Leipzig terikat 1-1, Schalke 04 yang bermain lebih lewat berpotensi untuk menerajui takhta liga, namun mensia-siakan peluang berkenaan selepas hanya seri 1-1 ketika menentang Koln di hadapan penyokong sendiri.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN