Nama Manuel Pellegrini masih dikenang oleh penyokong Malaga. Pengurus berasal dari Chile itu berjaya membimbing Malaga ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah 2012/13.
Pada musim 2011/12, beliau berjaya membimbing Malaga menduduki tangga keempat carta Premiera Liga.
Bulatan?
Muchas gracias a todo Málaga por este reconocimiento y el cariño que me han dado.
Siempre he dicho que una de las mejores decisiones de mi vida fue venir para acá, donde tuve 3 años inolvidables.
Esperamos ver al @MalagaCF nuevamente en primera la próxima temporada. pic.twitter.com/wGI0FBCiJk
— Manuel Pellegrini R. (@Ing_Pellegrini) October 9, 2018
Majlis Bandaraya Malaga mengambil keputusan untuk menamakan semula sebuah bulatan di bandar raya Malaga. Nama yang baru dipilih ialah Glorieta (Bulatan) Manuel Pellegrini.
Bulatan itu terletak tidak jauh dari stadium Malaga, La Rosaleda.
Menurut laman sesawang 90 min, pihak berkuasa bandaraya Malaga sering menamakan jalan di dalam kawasan pentadbiran mereka dengan nama tokoh tertentu. Antara yang menerima tempias ialah Steve Jobs.
Manuel Pellegrini hadir ke upacara ringkas yang diadakan pada Selasa walaupun terpaksa meninggalkan seketika pasukan kendaliannya di England, West Ham United.
Bangga
Manuel memberitahu dalam laman sesawang Malaga, keberadaan beliau di Malaga merupakan tahun yang terbaik. Beliau turut memberitahu bahawa keputusannya menyertai Malaga pada sebelum ini merupakan antara paling terbaik pernah dibuatnya.
Penamaan semula bulatan jalan raya ini memberikan satu memori dikenang sejarah oleh penduduk Malaga.
Pada musim ini, Malaga bermain di Segunda Liga, divisyen dua Sepanyol setelah tersingkir daripada Premiera Liga. Daripada 38 perlawanan musim lalu, Malaga hanya menang 5 kali dan seri 5 kali.
Akibatnya mereka menduduki tangga tercorot dalam carta Premiera Liga.
Manuel sempat menitipkan harapan kepada bekas kelabnya. Beliau gembira Malaga sedang mencabar slot kenaikan divisyen untuk kembali ke Premiera Liga.
Jarang berlaku
Kebiasaannya, pihak berkuasa tempatan di Eropah akan menamakan semula jalan untuk mengenang ikon bola sepak. Cuma, jarang sekali mereka menamakan bulatan jalan raya.
Tak mengapa, ia satu cubaan menarik dan mencuri perhatian ramai.