Dahulunya, Wales merupakan skuad belasahan setiap negara setiap kali mereka turun beraksi.
Kini mereka menjadi sebuah skuad yang digeruni oleh banyak pasukan.
Prestasi mereka ketika Piala Eropah 2016 cukup untuk dijadikan contoh. Di bawah kendalian Chris Coleman, mereka berjaya mara ke separuh akhir sebelum dikecewakan oleh Portugal di separuh akhir.
Namun disebalik zaman emas yang dinikmati bola sepak Wales, mereka juga turut berada dalam kontroversi.
Apa tujuan sebenar?
Selain berada dalam prestasi yang memuncak, Wales juga turut berada di dalam kontroversi ketika ini.
Hal ini kerana mereka melakukan perkara yang janggal ketika di hadapan kamera.
Mereka sejak akhir-akhir ini sering mengambil gambar pra-perlawanan dengan gaya yang bukan lazim dalam bola sepak.
Selalunya pasukan bola sepak akan bergambar dengan 5 pemain akan berdiri manakala 6 pemain duduk ataupun sebaliknya.
Tetapi dengan Wales, mereka tampil berbeza.
Ketika aksi menentang Austria, mereka meletakkan hanya 4 pemain sahaja berdiri dan 7 pemain sedang duduk.
Perbuatan mereka itu ternyata menjadi bahan ketawa media. Namun sebagai membalas gelak tawa media itu, skuad Wales membalas balik dengan gambar ketika menentang Georgia.
Kali ini mereka letakkan 3 pemain sahaja berdiri dan 8 lagi pemain duduk!
Namun apakah sebabnya mereka lakukan sedemikian?
Adakah mereka sebenarnya ingin melakukan troll terhadap media atau mereka sebenarnya lakukan ini kerana suka-suka?
Gareth Bale pernah ditanya mengenai perkara ini, namun beliau tidak menjawab soalan tersebut dengan memberikan jawapan yang jelas.
Sebaliknya beliau bertanya semula kepada wartawan terbabit, “soalan apakah ini?”
Sudah lama dipraktikan
Jika pada era Ryan Giggs dan Craig Bellamy berjaya membawa Wales ke tahap mereka sekarang, pasti ramai peminat bola sepak sudah mengetahui trend yang dicipta mereka ini.
Mereka telah lari dari kelaziman pasukan bola sepak ketika mengambil foto pra-perlawanan sejak dari dahulu lagi!
Antara trend yang dibawa mereka adalah membiarkan seorang rakan mereka bersendirian di dalam foto. Lihat saja kedudukan Craig Bellamy yang seolah disisihkan rakan sepasukan dalam gambar di bawah yang diambil ketika menentang Itali pada tahun 2002.
Selain daripada itu, mereka juga membawa budak-budak ke dalam foto pra-perlawanan mereka. Lihat gambar ketika mereka menentang Poland dan Slovakia pada tahun 2004 dan 2006 di bawah.
Jadi foto pra-perlawanan macam mana lagi selepas ini Wales akan buat? Adakah hanya meletakkan penjaga gol sahaja berdiri dan 10 pemain lain duduk?
Baca juga: Penyokong Wales Desak Gareth Bale Buat Rawatan Rambut Atau Botak Terus