Kedah Darul Aman (KDA) tampil aktif pada jendela perpindahan kedua apabila menandatangani pemain baharu untuk terus memperkuat pasukan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia dan Piala AFC.
Terbaharu pemain ditandatangani kelab tersebut ialah bekas tonggak pertahanan Melaka United iaitu Akmal Zahir yang berasal dari Pendang, Kedah.
OUR NEW BLOOD, MOHD AKMAL MD ZAHIR!
Selamat datang kepada Mohd Akmal Md Zahir, pemain pertahanan berusia 28 tahun ini berasal dari Pendang Kedah. pic.twitter.com/MJMbA2fmwl
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) June 5, 2022
Pengumuman mengenai pemain tersebut dibuat semalam menerusi laman rasmi Facebook KDA dan ini menjadi musim pertama buat Akmal untuk beraksi bersama Kedah sepanjang karier beliau selaku pemain bola sepak.
Akmal sebelum itu memulakan karier bersama Sime Darby pada tahun 2016 sebelum mewakili beberapa pasukan lain seperti UiTM, dan UKM sebelum menyertai Melaka United sejak 2020 dan menjadi antara tonggak kekuatan kelab itu.
Selain Akmal, dijangka KDA bakal terus membawa masuk beberapa lagi pemain baharu terutama sekali pemain import setelah mereka melepaskan khidmat Jang Suk-won kerana masalah prestasi yang kurang memuaskan.
Akmal Zahir first day on duty!#KDAFC #PulunKedahPulun #SangKenari #BiarJasaJadiKenangan #2022season #newblood #akmalzahir pic.twitter.com/XBfECDE9qH
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) June 5, 2022
Jang yang sebelum ini pernah berpasangan bersama Akmal sewaktu mewakili Melaka United gagal untuk mempamerkan aksi yang baik selaku pertahanan import sehingga mendapat kritikan daripada para penyokong yang mahu perubahan segera dibuat oleh pengurusan.
TERIMA KASIH JANG SUK WON!
KDA FC dan Jang Suk Won telah mencapai persetujuan untuk penamatan kontrak lebih awal selepas mempertimbangkan permohonan pemain tersebut untuk mendapat rawatan pemulihan jangka panjang. pic.twitter.com/ottWWs76bR
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) May 28, 2022
Untuk rekod, pemain pertahanan tengah lain bersama KDA ialah Rodney Celvin, Heshamuddin, Loqman Hakim, Fareez Fadzil, serta Syazwan Tajuddin selain khidmat pemain import dari Andorra iaitu Marc Vales dikekalkan.
Marc Vales ketika ini sedang bersama-sama skuad kebangsaannya untuk siri perlawanan kelayakan UEFA Nations League yang menemukan Andorra bersama Latvia, Moldova, dan Leichteinstien.
Selain Jang, dijangka KDA bakal membuat beberapa perubahan lagi untuk memantapkan kembali pasukan supaya dapat kembali menjadi antara pencabar kejuaraan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini selain cabaran Piala AFC.
Nama Dennis Buschening antara disebut bakal menjadi pemain seterusnya digugurkan oleh KDA setelah beliau mengalami kecederaan agak panjang dan bakal memberi kesan buat pasukan untuk bersaing dalam baki saingan liga.
KDA kini mempunyai kekosongan pemain import untuk slot Asia setelah ditinggalkan Jang dan menurut Aidil Sharin kemungkinan senjata baharu mereka bakal tiba dari Timur Tengah untuk memperkuatkan kelab tersebut.