Bukti Mengapa Lisandro Martinez Dianggap Sebagai Pemain Yang Sememangnya Man United Impikan

Lisandro Martinez pada ketika ini sedang mengukuhkan kedudukan beliau sebagai pemain yang paling disayangi peminat selepas beliau sekali lagi mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan untuk Manchester United.

Bekas bintang Ajax itu cemerlang mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan ketika bertemu West Ham United malam semalam, dan para peminat pada ketika ini semakin mengagumi beliau.

Manchester United cemerlang menewaskan West Ham United 1-0 selepas Marcus Rashford meledak gol kemenangan mereka pada aksi babak pertama permainan dalam perlawanan tersebut.

Skuad Red Devils itu secara tak langsung kini sudah melalui lapan perlawanan tanpa mencatatkan sebarang kekalahan di bawah kendalian Erik ten Hag.

Walau bagaimanapun, harus diakui yang Man United sebenarnya sangat bergelut untuk mengutip tiga mata penuh ketika bertemu West Ham di Old Trafford itu.

West Ham memberi cabaran yang sungguh menakjubkan dalam perlawanan tersebut dengan mereka berjaya mendominasi hampir keseluruhan permainan pada 15 minit terakhir perlawanan.

Barisan pemain Man United walau bagaimanapun telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan dalam perlawanan tersebut untuk memastikan gawang mereka tidak dibolosi lawan.

Melihat kepada persembahan mantap barisan pertahanan Man United, ramai peminat percaya yang Lisandro Martinez antara yang paling menyerlah dan terbaik.

Bukan hanya peminat, pakar-pakar bola sepak juga turut sepakat yang Lisandro Martinez merupakan pemain terbaik dan sememangnya beliau merupakan pertahanan yang United cari.

Selepas melalui beberapa perlawanan sejak dari awal beliau ditandatangani pada musim panas lalu, Martinez konsisten mempamerkan aksi persembahan terbaiknya di posisi center back Man United.

Pemain kebangsaan Argentina itu tenang mengawal penyerang utama West Ham, Gianluca Scamacca dan peminat terkejut melihat pemain yang hanya memiliki ketinggian 5 kaki 9 mampu untuk bermain seperti itu dalam kancah saingan Premier League.

Seperti semua sedia maklum, saingan Premier League merupakan liga yang sangat kompetetif dan rata-rata pemain yang ada bakal menggunakan kekuatan fizikal mereka sebagai senjata.

Agak mengejutkan juga untuk melihat pemain sekecil Martinez begitu tenang dan tiada masalah sama sekali untuk berdepan dengan segala hal tersebut.

Dek kerana beliau telah mempamerkan aksi yang sungguh menakjubkan bertemu West Ham, ramai peminat kini mengesahkan yang Martinez sememangnya pemain yang United sangat perlukan pada ketika ini.

Aksi berani yang beliau tunjukkan dengan sanggup mengorbankan apa sahaja dalam usahanya mahu memastikan gawang beliau tidak dibolosi sangat-sangat dikagumi ramai.

Lisandro Martinez juga turut berdepan dengan Jarrod Bowen dan Michail Antonio dalam perlawanan tersebut dan beliau sepertinya langsung tiada masalah untuk mengendalikan hal tersebut.

Mungkin akan ada peminat yang menganggap Martinez hanya bijak dalam membuat tackle sahaja, walau bagaimanapun beliau sebenarnya turut mencatatkan statistik yang dasyat dalam perlawanan ini.

Bekas bintang Ajax itu berjaya melengkapkan 58 hantaran dan turut melakukan 79 sentuhan sepanjang perlawanan dan ia membuktikan bahawa beliau sebenarnya nadi penting untuk skuad kendalian Erik ten Hag itu.

Para peminat di media sosial jelas sekali sangat-sangat teruja melihat persembahan Martinez dengan mereka memberinya gelaran sebagai ‘Butcher of Argentina’.

Jelas sekali Man United telah membuat keputusan yang tepat dengan menandatangani Martinez dari Ajax dengan mereka kini sepertinya sudah berjaya menyelesaikan masalah di posisi pertahanan skuad.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN