‘Bukti Aubameyang Tak Mementingkan Diri Sendiri’

Pengurus Arsenal, Unai Emery memuji sikap Pierre-Emerick Aubameyang dalam aksi kemenangan Arsenal ke atas Aston Villa.

Ini selepas Aubameyang mengorbankan peluang gol terbaik menerusi sepakan penalti. Aubameyang telah meminta rakannya, Nicolas Pepe untuk melakukan penalti itu.

Unai Emery menganggap tindakan itu sebagai berani oleh Aubameyang yang mengambil keputusan sendiri di atas padang, demi untuk memberikan peluang kepada Pepe menjaringkan gol sulung beliau bersama Arsenal.

Arsenal dipaksa bangkit 2 kali dan kemudiannya berjaya menang dengan keputusan 3-2.

John McGinn meletakkan Villa di hadapan pada minit ke-20. Malang berganda buat Arsenal, apabila Ainsley Maitland-Niles dibuang padang pada minit ke-41.

Beraksi dengan 10 pemain, memaksa Unai Emery melakukan beberapa pertukaran pada separuh masa kedua.

Pada minit ke-59, Arsenal mendapat penalti selepas Guendouzi dijatuhkan.

Dan tugasan itu sepatutnya dilakukan oleh Aubameyang. Namun pemain itu dengan tidak tamaknya memberikannya kepada Nicolas Pepe, pemain yang masih mencari gol pertama untuk kelabnya.

Pepe berjaya menjaringkan gol daripada kedudukan tersebut. Dan ia pastinya dapat meredakan sedikit tekanan pada beliau selepas dibeli sebagai pemain termahal dalam sejarah kelab.

Tidak lama kemudian, selang 2 minit, Aston Villa di hadapan sekali lagi. Kali ini menerusi Wesley Moraes.

Arsenal tidak berputus asa, walaupun beraksi dengan 10 pemain. Pada minit ke-81, Callum Chambers menjaringkan gol penyamaan untuk Arsenal.

3 minit kemudian, giliran Aubameyang menjadi wira kemenangan Arsenal dengan gol ke-3 pasukannya malam itu.

Tamat perlawanan Unai Emery memuji sikap Aubameyang yang jelas sekali bukan seorang penyerang yang mementingkan diri sendiri.

“Hari ini, Aubameyang telah mengambil satu keputusan yang sangat besar, untuk memberikan peluang kepada Pepe melakukannya [penalti].”

Kemenangan ini membolehkan Arsenal naik ke tangga ke-4. Manakala, Aston Villa berada di zon penyingkiran, selepas mengalami kekalahan ke-4 mereka musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN