Bukit Tambun FC Bakal Jalani Sesi Latihan Serta Aksi Persahabatan Di Dubai

Kelab saingan Liga A1 Semi-Pro musim ini iaitu Bukit Tambun FC (BTFC) dilaporkan bakal menjalani sesi latihan di Dubai serta mengharungi beberapa aksi persahabatan bersama kelab tempatan di sana.

Terdahulu, BTFC yang berpangkalan di Pulau Pinang sah mendapat pemilik baharu mereka iaitu Datuk Razalif Mohamad Zain dan dilaporkan sedia mencipta perubahan baharu membabitkan barisan pemain kelab tersebut.

Menerusi laporan dikeluarkan oleh Flash Sukan, tujuan Razalif mengambil alih kelab tersebut kerana ingin membuat penstrukturan semula pasukan itu setelah melihat kewangan mereka sangat teruk.

“Sebagai orang Pulau Pinang saya tidak mahu melihat anak-anak negeri ini terbiar kerana kelab terpaksa ditutup sebab masalah kewangan jadi saya ambil keputusan ini untuk mengambil alih kelab ini.

“Saya mengambil inisiatif ini untuk menjaga semula kelab ini dan membawa kelab ini ke peringkat yang lebih jauh dengan bajet RM3.5 juta buat musim ini dan akan membawa masuk dua pemain import selepas ini,” kata beliau menerusi perkongsian laman tersebut.

Tidak hanya mengambil alih, menerusi jumlah kewangan yang ada juga menyaksikan BTFC akhirnya bakal diperkuatkan oleh dua tonggak import dari Argentina serta Brazil musim ini.

Malah, Razalif juga bakal membuat rombakan besar sebanyak 70 peratus serta menyasarkan BTFC mampu berada di kedudukan ketiga terbaik musim ini di pentas Semi-Pro.

Paling utama, BTFC juga buat julung kalinya bakal mengharungi sesi latihan di Dubai serta melalui beberapa aksi persahabatan bersama kelab tempatan sana.

Ujar Razalif, BTFC bakal berada di sana selama seminggu serta mengharungi tiga aksi persahabatan bersama Royal FC Dubai, Al Bathia dan Khalba FC dalam tujuan untuk menambah pengalaman.

Menerusi perubahan baharu bakal dilakukan ini, ia sedikit sebanyak mampu untuk menarik perhatian lebih ramai penyokong tempatan di Malaysia untuk memberi perhatian buat BTFC.

Pengenalan dua import dari Brazil serta Argentina juga dianggap mampu untuk menjadikan kelab dari Pulau Pinang itu memberi persaingan lebih sengit selepas ini dalam kejohanan A1 Semi-Pro.

Kedudukan terkini menyaksikan BTFC berada di kedudukan ke-12 daripada 15 pasukan bertanding dengan mengumpul empat mata keseluruhan setelah mengharungi tujuh perlawanan.

Keputusan terbaharu menyaksikan pasukan ini tewas 1-2 di tangan Imigresen FC yang juga kini merupakan pendahulu carta saingan liga tersebut serta masih belum mencipta sebarang kekalahan.

Sumber:
Flash Sukan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN