‘Bukan Untuk Menganjing’ – Kawin Main Untuk Penghormatan Kepada Ayahnya Yang Meninggal Dunia

Bukan untuk ‘menganjing’ atau meremehkan lawan kerana sudah selesa di hadapan. Tetapi tindakan Mano Polking memasukkan Kawin Thammasatchanan untuk Siwarak Tedsungnoen sememangnya mempunyai sebab yang munasabah.

Dalam perlawanan akhir pertama pada malam tadi, Thailand nyata berada di dalam kelas tersendiri apabila dengan mudah membelasah Indonesia 4-0.

Empat jaringan Thailand dihasilkan oleh Chanatip Songkrasin pada minit ke-2 dan ke-52 perlawanan sebelum Supachok Saracat dan Bordin Phala menambah dua lagi jaringan pada minit ke-67 dan ke-83 perlawanan.

Ketika perlawnaan berbaki 15 minit, Thailand turut sempat melakukan pertukaran penjaga gol – sesuatu yang jarang dilakukan oleh mana-mana pasukan melainkan penjaga gol utama mengalami kecederaan.

https://twitter.com/Qwertyuiopraf_/status/1476216638793928705

Lantas tindakan oleh Mano Polking itu mendapat pelbagai maklum balas, dan ada diantaranya mendakwa pertukaran tersebut sebenarnya berunsur penghinaan kepada pasukan Indonesia.

Tidak terkecuali adalah bekas kapten skuad kebangsaan, Shukor Adan ketika bertugas sebagai pengulas dalam perlawanan siarang langsung aksi perlawanan akhir tesebut pada malam tadi.

Penjelasan sebenar

Tetapi menghormati lawan yang dihadapi, Ketua Jurulatih Thailand, Manu Polking tampil dengan penjelasan beliau ketika sidang media selepas tamat perlawanan.

Walaupun selesa mendahului 3-0 pada ketika itu, Manu Polking sebenarnya mempunyai sebab untuk melakukan pertukaran tersebut. Ia juga adalah pertukaran yang telah dirancang terlebih awal.

“Saya ingin menjelaskan, memasukan Kawin bukan untuk menghina Indonesia,” kata Manu Polking ketika menjelaskan situasi tersebut pada malam tadi.

“Saya memainkan dia sebagai [satu] bentuk penghormatan, kerana pemain [Kawin] kerana ayahnya baru saja meninggal dunia.”

Ketika dimasukkan pada minit ke-75, Kawin tampak emosi. Penjaga gol berusia 31 tahun itu dilihat sempat berdoa. Bahkan, Kawin sempat bersujud sebelum melangkah ke dalam padang.

Chanathip turut dilihat memeluk Kawin selepas Thailand menambah jaringan. Laporan daripada SiamSport menyatakan ayah Kawin meninggal dunia karena penyakit serius yang dideritanya sudah cukup lama.

Penjaga gol itu bagaimanapun tidak sempat berada di sisi ayahnya kerana sedang berjuang bersama skuad Gajah Putih.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN