Bukan TMJ, Sebaliknya Roman Abramovich Ambil Tindakan Tinggalkan Chelsea

Bukan TMJ, sebaliknya Roman Abramovich yang bertindak meninggalkan Chelsea. Sebelum ini pemilik JDT, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, (TMJ) berkata beliau akan meninggalkan bola sepak selamanya sekiranya pasukan miliknya tewas kepada Kuala Lumpur City FC dalam perlawanan Piala Sumbangsih semalam.

Perkara itu bagaimanapun tidak menjadi kenyataan apabila JDT menang selesa ke atas lawan mereka itu dengan jaringan 3-0. Kemenangan tersebut juga memastikan kejuaraan ke-7 Piala Sumbangsih untuk JDT.

Dan selepas TMJ mengesahkan akan kekal bersama JDT kerana kemenangan tersebut, pemilik kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea pula bertindak meninggalkan kelab itu.

Chelsea dan JDT mungkin dua kelab berbeza kerana bersaing di liga berbeza dan memiliki kualiti set pemain yang berbeza. Tetapi kedua-duanya mempunyai satu persamaan.

Seperti Chelsea, JDT juga dibangunkan hasil sentuhan luar biasa pemiliknya. Dan jika Abramovich dianggap sebagai individu yang mengubah wajah pemilikan kelab di England, maka TMJ juga harus diangkat dengan cara yang sama di Malaysia.

Kedua-dua pemilik sanggup melakukan apa sahaja untuk kelab tercinta kekal relevan dan mampu bersaing di setiap peringkat pertandingan. Sejak di bawah kepimpinan kedua-duanya, JDT dan Chelsea turut meraih pelbagai kejuaraan.

Demi Chelsea

Jutawan minyak dari Rusia itu bertindak meninggalkan Chelsea beberapa hari selepas Presiden Rusia, Vladimir Putin mengumumkan serangan ketenteraan ke atas Ukraine.

“Sejak 20 tahun memiliki Chelsea, saya sentiasa menilai peranan saya kepada kelab, di mana harus memastikan kejayaan mampu dicapai seperti hari ini, selain untuk masa depan. Ia juga harus mampu menyumbang nilai positif kepada komuniti,” kata Abramovich dalam satu kenyataan.

“Setiap keputusan yang diambil adalah untuk kepentingan kelab. Saya sentiasa komited dengan nilai ini. Disebabkan itu, hariu ini saya menyerahkan Chelsea ke dalam jagaan Yayasan Chelsea.

“Saya percaya mereka adalah yang terbaik untuk menjaga kepentingan kelab, pemain, kakitangan dan juga penyokong.”

Kesan Abramovich tinggalkan Chelsea

Abramovich bukan satu-satunya individu yang menjalankan operasi Chelsea sejak beberapa tahun lalu. Selama ini beliau turut dibantu oleh Pengarah Kelab, Marina Granovskaia daripada segi operasi.

Pada Disember lalu, Granovskaia menerima Anugerah Pengarah Kelab Terbaik  2021, pada majlis tahunan Golden Boy yang dianjurkan Tuttosport.

Walaupun dengan pengumuman ini, secara teknikal Abramovich masih lagi pemilik kelab. Tetapi tiada lagi campur tangan secara langsung daripada beliau lagi.

Manakala Yayasan Chelsea yang dianggotai John Devine, Emma Hayes, Piara Powar, Paul Ramos dan Sir Hugh Robertson kini bertanggungjawab ke atas operasi kelab sepanjang ketiadaan jutawan Rusia itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN