“Bukan Tamparan Tapi Kedegilan” – Kim Swee Kongsi Pengalaman Sukar Panggil Pemain Utama Untuk Skuad B-23

Hari ini bakal menentukan sama ada skuad kendalian Brad Maloney mampu melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Piala AFF B-23. Skuad muda negara sebelum ini dikejutkan dengan kekalahan 2-1 kepada Laos.

Mujurlah pihak penganjur sebelum itu menjadikan pertemuan menentang Laos diadakan sebanyak dua kali selepas penarikan diri Myanmar dan Indonesia akibat Covid-19.

Sekurang-kurangnya pasukan negara masih berpeluang menebus kekalahan tersebut dan mengatur strategi baharu daripada terus kempunan. Ramai yang bertanggapan Laos sepatutnya lawan yang mudah di peringkat ini, dan menyifatkan kekalahan tempoh hari sebagai satu tamparan kepada bola sepak negara.

Namun bagi Datuk Ong Kim Swee yang pernah bergelar ketua jurulatih skuad B-23 sejak 2011 sehingga 2019, kekalahan tersebut sebenarnya lebih daripada tamparan. Malah ia sebenarnya lebih bersifat kedegilan daripada bola sepak kita sendiri.

Pilih hanya yang terbaik

Bagi Kim Swee antara masalah utama yang dihadapi oleh skuad Brad Maloney adalah kegagalan jurulatih itu untuk mendapatkan pemain terbaik yang dimiliki negara untuk kejohanan di Kemboja itu.

Ini bukan kali pertama berlaku, dan ia turut pernah dialami oleh Kim Swee sendiri ketika masih bergelar pengendali pasukan itu beberapa tahun lalu.

“Ini bukan lagi tamparan [kekalahan kepada Laos],” ulas beliau mengenai perlawanan tersebut kepada Bernama 

“Ini bagi saya adalah kedegilan kita. Berapa kali kita nak kalah kepada pasukan-pasukan seperti ini?

Untuk rekod, Malaysia juga dikejutkan oleh pasukan yang sama di pertandingan sama untuk peringkat usia Bawah-16 pada 2015, juga di Phnom Penh, Kemboja.

“Kita perlu hentikan perkara ini. Kita kena cari jalan penyelesaian untuk dapatkan pemain terbaik dalam pasukan. Bagi saya kita harus tampil dengan satu solusi untuk membenarkan pemain terbaik kita dapat didedahkan kepada perlawanan-perlawanan seperti ini.”

Pengalaman lalu

Kim Swee yang kini bersama Sabah FC bagaimana pun berpendapat pilihan untuk menurunkan skuad kedua turut memberikan peluang kepada jurulatih melakukan eksperimen – terutama di kejohanan di luar kalendar FIFA yang menyebabkan kelab sukar melepaskan pemain.

Namun demikian, akhirnya apabila pasukan tidak mencapai sasaran, tanggungjawab tersebut hanya diletakkan kepada individu tertentu sahaja.

“Sebagai contoh, saya, apabila Sukan SEA 2019 bukan dalam kalendar FIFA dan beberapa pemain tak dibenarkan menyertai pasukan, apa berlaku kepada saya? Saya dipecat. Saya bukan mahu mempertahanan sesiapa tetapi perkara ini banyak kali saya cakap.

Skuad Sukan SEA Tanpa Kelibat Safawi Rasid

“Daripada dulu bila kita tewas saya dah katakan tak boleh pandan rendah pasukan Laos, Kemboja, dan Filipina, dan kali ini terbukti,” tambah beliau lagi.

Bagi Kim Swee pasukan-pasukan ini yang sebelum ini dianggap lemah di rantau ini kini telah berjaya merapatkan jurang dengan pasukan negara.

Tanpa khidmat beberapa pemain di Sukan SEA 2019 misalnya skuad B-23 negara kendalian Kim Swee beraksi di bawah paras sebenar, diikat 1-1 oleh Myanmar, sebelum tewas 1-0 kepada Filipina dan 3-1 kepada Kemboja.

Pemain perlu buktikan diri

Bagaimana pun Kim Swee berharap pemain yang sedang membawa cabaran negara di Kemboja mampu membuktikan keupayaan masing-masing demi untuk merebut tempat di dalam pasukan pada masa hadapan.

“Dengan ketidakhadiran atau pun dengan masalah pemain tidak dilepaskan, jika mereka membuktikan mampu bermain dengan lebih baik dan dapatkan keputusan yang positif, sudah pasti sebagai seorang jurulatih mereka akan dikekalkan untuk tugasan akan datang.

“Kalau mereka tidak ambil peluang ini, bermakna pintu skuad kebangsaan mungkin akan tertutup untuk mereka selepas ini,” tambah beliau lagi.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN