‘Bukan Sekadar Nasib’ – Melaka United Gigih Buat Analisis & Kerja Rumah Sebelum Tumpaskan Kedah

Melaka United Kedah Piala Malaysia

Kekalahan 3-1 naib juara Liga Super, Kedah kepada Melaka United tempoh hari menjadi kejutan terbaharu dalam saingan peringkat kumpulan Piala Malaysia musim ini.

Sekalipun ketinggalan seawal minit ketujuh menerusi jaringan Kpah Sherman, skuad kendalian Zainal Abidin Hassan membuktikan status selaku pasukan bukan pilihan bukan alasan untuk mereka tidak memberikan saingan kepada finalis 2019 sehingga wisel penamat.

Melaka United bangkit meledak tiga jaringan bermula dengan jaringan Sony Norde pada minit ke-23 sebelum Manuel Ott menambah dua lagi gol pada minit ke-38 dan 52.

Zainal Abidin Hassan ternyata menjadi orang paling gembira di sebalik kemenangan sambil merasakan pemain-pemainnya semakin mempamerkan peningkatan sejak permulaan kempen Piala Malaysia.

“Kami membuat kerja rumah selepas 22 perlawanan Liga Super dan menganalisa kembali masalah pasukan terhadap apa jua sebarang kelemahan dan kesilapan yang pernah dilakukan setiap pemain,” ujar jurulatih berusia 60 tahun itu kepada Media MFL.

“Saya berasa bersyukur kerana persiapan dua minggu sebelum TM Piala Malaysia ini, dapat membuktikan banyak perbezaan kepada Melaka United setakat ini dan harap situasi ini dapat berterusan.

“Disiplin mereka meningkat terutama di aspek bertahan kerana sebelum ini kami sering melepaskan gol-gol yang terlalu mudah dan nampaknya mereka telah mempelajari daripada kesilapan-kesilapan serta menunjukkan semangat pasukan yang begitu baik.

“Dua kemenangan ini cukup penting kerana akan berikan keyakinan serta semangat yang tinggi kepada pemain namun saya tidak katakan Melaka United sudah selamat untuk ke suku akhir kerana masih ada empat perlawanan lagi dalam peringkat kumpulan, ” katanya.

Kemenangan ini juga yang pertama buat Melaka United ke atas Kedah sejak 2019 dengan mereka tewas dalam empat pertembungan terakhir termasuk dua aksi Liga Super, musim ini.

Melaka United kini selesa di tangga teratas dengan 6 mata sambil diikuti Kedah dengan 3 mata. Satu lagi perlawanan menyaksikan Negeri Sembilan menang 1-0 ke atas Kelantan United.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN