‘Bukan Sekadar Kerambit’ – Pemain Bola Sepak Amatur Turut Terlibat Kes Baling Molotov

Beberapa hari lalu tular di media sosial mengenai situasi pemain bola sepak amatur di salah satu saingan tempatan yang membawa kerambit ketika terlibat dalam pergaduhan sehingga dirinya telah ditahan pihak polis.

Menerusi perkongsian Aliff Akhmal di Facebook lalu, dua foto telah pun dimuat naik dengan mempamerkan salah seorang pemain dari kelab Farouk FT telah membawa kerambit ketika terbabit dalam suatu insiden pergaduhan.

Jelas Aliff, insiden tersebut berlaku di KLFA, Melawati pada jam 12:30 malam ketika 4 Ogos lalu dengan menyatakan pemain tersebut mewakili Farouk FT.

Perkongsian tersebut jelas mendapat reaksi tidak senang dalam kalangan peminat bola sepak tempatan yang menganggap pemain tersebut tampil terlalu berlebihan.

“Nama team Farouk FT .. kerambit oi .. giler,” ujar Aliff menerusi media sosial Facebook milik beliau dan mendapat pelbagai maklum balas daripada netizen mengenai perkara tersebut.

Terkini, pihak polis mengesahkan pemain bola sepak itu juga merupakan salah seorang suspek yang telah membaling bom pada Mei lalu di salah sebuah pusat hiburan ibu negara.

Menurut Datuk Rusdi Mohd Isa selaku Ketua Polis Kuala Lumpur, pemain amatur berusia 22 tahun itu bakal dituduh atas kedua kesalahan tersebut pada hari esok di Mahkamah Kuala Lumpur.

“Dia ini ada ‘wanted’ (dalam senarai dikehendaki) satu kes, kes baling molotov cocktail di depan pusat hiburan, inilah orangnya.

“(Suspek) ini pun akan dituduh di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan, suspek orang sama,” kata beliau menerusi perkongsian dibuat oleh Buletin TV3 sebentar tadi.

Tambah Rusdi lagi, suspek dikenal pasti pihak polis selepas siasatan dibuat, rakaman percakapan saksi, rakaman CCTV serta proses pengecaman.

Pemain Liga Sosial Gaduh Sampai Bawa Kerambit?

“Sebelum ini, tular video CCTV di laman media sosial yang memaparkan empat individu menaiki dua motosikal membaling bom petrol di hadapan pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng, 9 Mei lalu.

“Mengulas lanjut, Rusdi berkata, bagi kes mengacukan objek tajam, suspek akan didakwa di bawah Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958 serta pertuduhan pilihan di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan kerana perbuatan membahayakan nyawa dan keselamatan diri orang lain, jelas petikan tersebut.

Di media sosial, jelas banyak kecaman telah diberikan oleh netizen kepada pemain bola sepak berkenaan dengan ada turut menggesa hukuman lebih keras perlu diberikan kepada beliau.

Sumber:
Buletin TV3

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN