“Bukan Salah Mat Yo”- Penyerang Sarawak Utd Itu Bergelut Sindrom ‘Anxiety Disorder’

“Bukan salah Mat Yo”. Itulah kenyataan yang boleh dikatakan sedikit sebanyak mengenai ketiadaan penyerang Sarawak United, Norshahrul Idlan Talaha sepanjang kempen Piala Malaysia dan beberapa perlawanan Liga Premier yang lalu.

Ketiadaan pemain kebangsaan itu di dalam skuad E. Elavarasan sebelum ini mengundang tanda tanya daripada kalangan peminat, sehingga mewujudkan tanggapan pemain itu enggan beraksi disebabkan masalah gaji yang dihadapi dengan pihak kelab.

Perkara itu akhirnya dijelaskan oleh pemain yang lebih mesra dengan panggilan Mat Yo melalui perkongsian Instagram Story beliau baru-baru ini.

“Kepada yang bertanya ke mana saya menghilang. Ini jawapan saya Anxiety Disoder due to work stress,” kongsi Mat Yo.

“Saya kena buat check up every week [pemeriksaan kesihatan setiap minggu] sebab [tekanan] darah naik terlalu tinggi. Doakan yang terbaik. Hanya Allah dapat membalas kebaikkan anda semua.

“Siapa jumpa saya akan kata saya kurus [dan] tak sihat. Saya tak pernah kena macam ni. Mungkin ini dugaan saya,” tambah beliau lagi.

Dalam perlawanan pada malam tadi, Norshahrul berada di dalam kesebelasan utama Sarawak United buat kali pertama sepanjang kempen Piala Malaysia musim ini.

norshahrul-idlan-aff-2018
FOTO: FAM

“Jangan ingat saya [sudah] terima gaji bila saya main semalam. Tidak, gaji masih belum terima,” ujar beliau lagi yang menangkis tanggapan isu gaji menyebabkan dia tidak bersama pasukan selama ini.

Bekas penyerang Kelantan dan Pahang berusia 35 tahun itu menyertai Sarawak United pada musim ini dan tampil sebagai antara pemain penting E. Elavarasan di barisan hadapan.

Norshahrul juga adalah antara pemain regular yang digugurkan oleh Tan Cheng Hoe ketika menamakan senarai pemain kebangsaan untuk membawa cabaran negara di Piala AFF Disember akan datang.

Leave a Reply