Bukan Pecah Amanah, Zahid Hamidi Dakwa Sumbang RM1.3 Juta Kepada PDRM FA

Bukan pecah amanah, sebaliknya bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggunakan dana Yayasan Akalbudi berjumlah RM1.3 juta sebagai sumbangan kepada Persatuan Bola Sepak Polod Diraja Malaysia (PDRM FA) yang mengalami masalah tungakan gaji pemain sekitar musim 2015.

Perkara itu disahkan oleh menantu Presiden UMNO itu sendiri, Datuk Zul Hisham Zainal yang merupakan saksi ke-19 perbicaraan melibatkan kes pecah amanah Ahmad Zahid Hamidi.

Pertuduhan melibatkan pertuduhan penggunaan dana Yayasan Akalbudi berjumlah RM1.3 juta di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari ini.

PDRM FA pada November 2015 sememangnya mengalami masalah kewangan pada ketika itu, dan Ahmad Zahid merupakan Menteri Dalam Negeri ketika itu. Ini bermakna persatuan bola sepa PDRM FA yang beraksi di saingan Liga Super pada musim tersebut berada di bawah tanggungjawab beliau.

Menurut Peguam Hamidi Mohd Noh dalam hujahnya, sumbangan tersebut adalah dibenarkan mengikut perlembagaan Yayasan Akalbudi, atau Memorandum dan Artikel Persatuan (M&A).

Selain daripada dibenarkan oleh M&A itu, Ahmad Zahid juga tidak mendapat bantahan mengenai sumbangan tersebut dari dua pemegang amanah, iaitu Muhammad Nabl Salleh dan Datuk Khairuddin Tarmizi.

Ahmad Zahid yang berusia 68 tahun kini berdepan 47 pertuduhan di mahkamah. 12 daripadanya membabitkan kes pecah amanah, lapan rasuah, dan 27 lagi kes penggubahan wang haram membabitkan puluhan juta dana Yayasan Akalbudi.

Bagi pertuduhan pecah amanah, Ahmad Zahid, 66, didakwa menggunakan dana berkenaan untuk membuat enam pembayaran kad kredit milik persendirian, polisi insurans kenderaan dan lesen motor persendirian, kiriman wang kepada sebuah firma guaman dan sumbangan kepada persatuan bola sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

PDRM FA pernah muncul juara Liga Premier pada 2014 di bawah naungan Zahid Hamidi dan memenangi promosi ke Liga Super pada 2015.

Skuad The Cops bagaimanapun terjerumus kembali ke saingan Liga Premier pada musim 2016 selepas mengakhiri saingan musim tersebut di kedudukan ke-11 liga.

Yayasan Akalbudi atau nama asalnya Yayasan Budi ditubuhkan oleh pengasasnya, Ahmad Zahid dan Zulkifli Senteri pada 7 Mac 1997 bagi tujuan khairat. Ia berfungsi untuk menerima dan mentadbir dana untuk membasmi kemiskinan.

Antara tujuan penubuhan yayasan itu adalah sebagai penaja biasiswa dan kajian dalam bidang sosio politik ekonomi.

Tujuan lain penubuhan yayasan itu adalah untuk melanggan atau menyumbang kepada pembayaran penubuhan penyelenggaraan, pembangunan badan kebajikan atau saintifik dan yang berkaitan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN