Sebelum ini kerap menjadi persoalan tentang status pemain import Penang FC, Endrick dos Santos sama ada kekal atau berhijrah ke Johor Darul Ta’zim (JDT) sebelum kekal bersama Harimau Kumbang untuk musim 2022.
Begitupun, sebentar tadi, menerusi kenyataan yang telah dimuat naik di semua platform media sosial JDT, pihak mereka mengesahkan pasukan akan merekrut Endrick daripada Penang FC untuk saingan musim 2023.
Akhirnya segalanya terlerai jua dengan pengesahan tersebut. Selama ini penyokong skuad Pulau Mutiara itu kerapa tertanya-tanya, adakah benar Endrick adalah pemain JDT yang dipinjamkan ke Penang FC dan apabila sudah boleh dinaturalisasikan, beliau akan kembali semula ke pangkuan Harimau Selatan iaitu pada 2023.
Menurut kenyataan Pengarah Sukan JDT, Martin Prest, sebentar tadi, mereka akan merekrut kapten Penang FC, Endrick sebagai pemain naturalisasi, bukan pada musim ini, tetapi pada musim 2023. Memetik katanya di JST, “JDT juga akan merekrut Endrick dos Santos untuk musim 2023, dengan kemungkinan untuk dinaturalisasi.”
“Kelab telah membuat keputusan untuk hanya menaturalisasikan pemain yang masih muda dan boleh memberi sumbangan untuk jangka masa panjang,” tambah kenyataan itu lagi. Endrick akan berusia 28 tahun pada 2023.
Sebelum ini, Penang FC mengesahkan Endrick kekal bersama pasukan berserta dua lagi rakan senegaranya, Casagrande dan Rafael Vitor untuk saingan musim depan. Ia telah melegakan majoriti penyokong pasukan yang jelas risau kehilangan sentuhannya untuk musim depan. Nampaknya, hanya tinggal semusim lagi untuknya.
Selepas Dihidang Deretan Ucapan ‘Terima Kasih’, Akhirnya Penyokong Penang FC Lega Endrick Kekal
Beliau adalah pemain pertama yang akhirnya disahkan kekal bersama pasukan kira-kira seminggu yang lalu.
Sebelum ini tersebar musim 2021 adalah musim terakhir Endrick beraksi untuk pasukan, namun Semuanya BOLA telah mengeluarkan artikel, ‘Anak Antoo’ Tak Perlu Risau Status Endrick Dos Santos Di Penang FC.
Ini kerana, jika beliau dinaturalisasi sekalipun, ianya bakal bermula selewat-lewatnya pada hujung musim depan.
Jika dibandingkan kes Liridon Krasniqi dan Guilherme de Paula, kedua-duanya melengkapkan tempoh lima tahun di Malaysia sebelum dinaturalisasi dan Endrick hanya akan melengkapkannya pada Januari 2023.
Guilherme de Paula sah jadi pemain naturalisasi ketiga negara! https://t.co/VlkMF0o6Qo pic.twitter.com/y8aeW238nd
— Astro Radio News (@AstroRadioNews) March 2, 2021
Beliau tiba di Liga Malaysia menyertai Felcra United pada Januari 2018 dan pada permulaan liga musim depan, beliau baru melengkapkan tempoh empat tahun di Malaysia. Jadi, apa yang terlalu mereka risaukan?
Ia bermula dengan kenyataan DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) mengenai dua pemain naturalisasi yang bakal menyertai mereka pada saingan musim 2022 menerusi video ini.
HRH TMJ UPDATES FANS ON JDT SIGNINGS AND THURSDAY'S HISTORIC CEREMONY TEASER
Hidup Johor Demi Johor#HarimauSelatan#SouthernTigers#PermataSelatan#JewelOfTheSouth#JDTuntukSemua#JDTforAll pic.twitter.com/CprJm3WeKr
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) December 14, 2020
Begitupun, pendedahan tersebut dibuat tanpa menyebut nama pemain terlibat. Jika diamati, dua pemain tersebut telah pun tiba ke Iskandar Puteri selepas pengumuman tersebut iaitu Mohamadou Sumareh dan Guilherme de Paula. Sumareh tiba pada Februari 2021 dan Guilherme de Paula pula pada Mei 2021.
Dan jika benar sekalipun jodoh Endrick adalah JDT, ia hanya akan berlaku pada Januari 2023 apabila playmaker itu melengkapkan tempoh lima tahun di Malaysia dan selesai proses untuk dinaturalisasikan oleh JDT.