Bekas pemain Real Madrid, Karim Benzema mendedahkan yang perpindahannya ke Arab Saudi bukanlah kerana wang lumayan yang ditawarkan.
Sebaliknya adalah faktor Islam yang ada di negara tersebut membuatkan pemain ini memilih untuk ke sana dan meninggalkan kota Madrid.
Benzema memilih untuk menyertai Al-Ittihad untuk bersama-sama Cristiano Ronaldo yang bermain untuk Al-Nassr ketika ini.
Penyerang Perancis itu diperkenal kepada 60 ribu penyokong Al-Ittihad dalam satu majlis gilang-gemilang menyambut bintang baharu kelab tersebut.
Dalam masa yang sama, Benzema juga mendedahkan yang pemain itu sebenarnya memilih untuk ke Al-Ittihad kerana faktor Arab Saudi sebagai negara Islam.
Baginya, Arab Saudi adalah sebuah negara yang sememangnya mesra Islam dan sebagai Muslim, ianya pasti akan lebih memudahkan kehidupan pemain itu apabila berada di sana.
“Kerana saya sendiri adalah seorang penganut agama Islam itu sendiri dan ini [Arab Saudi] adalah sebuah negara Islam.
“Saya sentiasa mahu tinggal di sini,” kata Benzema.
Benzema mengatakan yang beliau sebenarnya sudah lama jatuh hati kepada Arab Saudi dan begitu menyukai negara tersebut sejak lawatannya ke negara itu satu masa dulu.
Malah ianya tidak mengejutkan kerana negara asal Benzema iaitu Perancis sering dikaitkan dengan diskriminasi terhadap orang Islam dengan pengaruh Islamopohbia di sana.
Kehadiran Benzema ke Arab Saudi bukanlah untuk bermain bola sepak bersama Al-Ittihad semata-mata, sebaliknya pemain itu turut akan diberikan bayaran tambahan oleh negara tersebut.
Hal ini kerana, Benzema juga akan ditugaskan untuk membantu Arab Saudi membida hak tuan rumah bagi Piala Dunia 2030.