PJ City tidak pernah menang ke atas Melaka United dalam semua pertandingan sebelum ini dan kemenangan pada Sabtu lalu tentunya hasil kerja keras mereka dan P Maniam memberi kredit kepada keseluruhan pemain.
Bukan hanya dua pemain yang disebut pihak media iaitu S Kumaahran dan Darren Lok, namun pemain seperti Mahalli Jasuli dan K Gurusamy turut disebutnya selain keseluruhan skuad The Phoenix atas tiga mata tersebut.
Ia satu kejutan apabila PJ City menang tipis 1-0 ke atas Melaka United di laman sendiri dengan hanya dibarisi pemain-pemain tempatan berbanding skuad Hang Tuah yang memiliki barisan pemain import yang terbaik seperti penjaring terbanyak saingan Liga Super musim 2021, Ifedayo Olusegun dan Sony Norde di sayap.
Off to a great start with a 1-0 victory over Melaka United FC. Boys gave their 100% and fought till the end. Well played and on to the next.
PJ City FC 1-0 Melaka United FC
43' Kumaahran #YakiniLokal #ThePhoenix #QNET pic.twitter.com/ao6HNZj6EY— PJ City FC (@pjcityfc) March 5, 2022
“Kalau kita tengok Darren [Lok] dan Kumaahran dan juga Mahalli [Jasuli], kita tak boleh lupa Mahalli. Tentunya Mahalli juga layak [diangkat] sebab dia bekerja keras dan tiga pemain ini bawa perbezaaan.
“Dan itulah sebabnya mereka berada dalam kesebelasan utama. Mereka cukup komited dan beri yang terbaik sehingga semaksimum mungkin. Bukan hanya mereka, semua pemain beri yang terbaik.”
P. Maniam ketika sidang media sejurus perlawanan
Tiada apa yang berbeza dalam skuad PJ City melainkan kehadiran beberapa pemain baharu seperti Kumaahran yang mampu menambah sengat jentera serangan mereka. Kumaahran adalah pemain yang memberi dimensi berbeza kepada Melaka United pada musim lalu dan musim ini, beliau dilihat masih mengekalkan prestasinya.
I hope to see coach Kim Pan-gon calling up Ryan Lambert, Zhafri Yahya and S. Kumaahran. They have carried their form from last season.
They deserve to be part of #HarimauMalaya based on merit.
— T. Avineshwaran (@avineshW90) March 6, 2022
Selayaknya, Kumaahran boleh diangkat sebagai antara pemain tempatan terbaik di jentera sayap selain Faisal Halim yang beraksi bersama Terengganu FC. Pantas dan lincah, mereka juga mahir dalam meledak jaringan gol.
Namun, kejayaan tersebut tetap kredit atas keseluruhan pasukan atas permainan berpasukan yang mantap.
“Malah, K Gurusamy sebagai kapten, beliau menunjukkan contoh yang bagus kepada semua pemain lain. Kami juga memberi peluang kepada Ruventhiran, kali pertama bermain sebagai bek sayap. Dia juga bermain dengan baik. Malah, Kalamullah juga beraksi baik. Ia adalah hasil kerjasama berpasukan.
“Baru perlawanan pertama, ada banyak lagi perlawanan dan saya harap sangat kita mampu teruskan, ataupun kita main lebih baik daripada apa yang kita beri hari ini [malam tadi]. Kita di landasan yang betul tetapi kita tak boleh rasa selesa. Kita akan berdepan Sabah dan perlu lakukan persediaan yang baik.”
P. Maniam