‘Bukan FAM Yang Pilih’ – Proses Naturalisasikan Pemain Import Keputusan Kelab Sepenuhnya

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak (FAM), Mohd. Saifuddin Abu Bakar menjelaskan badan induk bola sepak negara itu tidak mempunyai kaitan dengan usaha kelab-kelab tertentu di saingan Liga Malaysia untuk menaturalisasikan pemain import masing-masing.

Beliau berkata demikian selepas wujud dakawaan proses menaturalisasikan pemain asing perlu melalui atau disokong oleh FAM.

Sebaliknya, Saifuddin menegaskan sebarang usaha memberi kerakyatan kepada pemain asing adalah bergantung kepada keputusan kelab dan kelulusan pihak kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Saifuddin turut mengesahkan selama ini FAM hanya pernah menyokong proses naturalisasi dua pemain, iaitu Guilherme de Paula dari Brazil dan  Liridon Krasniqi yang berasal dari Kosovo.

Program naturalisasi pemain asing oleh FAM bagaimana pun kini telah dihentikan buat seketika berikutan prestasi hambar kedua-dua pemain tersebut bersama skuad Harimau Malaya sebelum ini.

“Status kerakyatan adalah isu berkaitan di bawah Kementerian Dalam Negeri menerusi Jabatan Pendaftaran Negara dan FAM tiada kaitan dalam usaha meluluskan kerakyatan kepada pemain-pemain import di Liga M,” ujar Saifuddin seperti yang dipetik daripada Utusan Malaysia.

Mohammadou Sumareh
(Photo by How Foo Yeen/Getty Images)

“Seperti Mohamadou Sumareh, Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) ketika itu yang berusaha untuk membantunya mendapatkan kerakyatan. FAM hanya melakukan proses tersebut ketika Liridon dan De Paula menerusi inisiati program naturalisasi sebelum ini.

“Bagaimanapun, program tersebut telah dihentikan buat sementara baru-baru ini tetapi dalam masa yang sama, FAM tidak menghalang jika ada mana-mana kelab Liga M mahu melakukan perkara tersebut buat pemain import mereka,” katanya lagi.

Baru-baru ini Sri Pahang FC turut dilaporkan sedang giat memohon proses naturalisasi untuk dua pemain, iaitu Lee Tuck yang berasal dari England dan Sergio Aguero dari Argentina.

Kemudian tular pula dakwaan oleh bekas pemain Melaka United dan Felda United, Curran Ferns bahawa FAM telah ditipu pemain tertentu berkaitan asal usul dan dokumentasi untuk dinaturalisasikan.

Program naturalisasi pemain asing sebelum ini mendapat kritikan hebat selepas komitmen dan kemampuan pemain untuk skuad kebangsaan dipersoalkan oleh ramai pemerhati bola sepak tempatan.

Ramai yang berpendapat seseorang pemain yang dinaturalisasi bukan sahaja akan beraksi untuk kelab, tetapi lebih daripada itu mampu memberikan sumbangan dan impak kepada pasukan negara.

Ini bermakna selain daripada aspek prestasi, pemain asing yang akan dinaturalisasi juga harus mempunyai usia yang bersesuaian agar ia membolehkan mereka beraksi lebih lama dan bukan hanya kerana mahukan taraf kerakyatan semata-mata.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN