‘Bukan Dipancing Kelab Lain’ – Daniel Ting Tinggalkan KL City Kerana Anti Vaksin

Bukan kerana dipancing kelab lain atau kerana perlu menyelesaikan masalah peribadi di England.

Sebaliknya sebab utama pemain bek kanan KL City FC, Daniel Ting enggan kembali ke negara ini dan meneruskan aksi bersama juara Piala Malaysia musim lalu itu adalah kerana keengganannya menerima suntikan vaksin Covid-19.

Sebelum ini kecoh mengatakan Daniel Ting gagal melaporkan diri bersama KL City FC untuk persiapan musim 2022 kerana telah dirisik pasukan lain.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KL City, Stanley Bernard, ketika ditemubual wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, pula sekadar mengatakan pemain kacukan Malaysia-England itu mempunyai masalah peribadi.

Namun melalui satu pendedahan seperti yang dilaporkan oleh New Strait Times, Presiden KLFA, Khalid Samad berkata pemain itu enggan menerima suntikan vaksin dan ia menjadi punca mengapa Daniel Ting enggan pulang ke Malaysia.

“Daniel enggan menerima suntikan vaksin, dan beliau kini berada di UK. Beliau telah meninggalkan KL City,” ujar Khalid ketika berucap dalam kongres persatuan itu semalam.

Untuk rekod ini bukan kali pertama Daniel Ting meninggalkan karier bola sepak dan tanpa sebarang kelab.

Selepas mengalami kecederaan dan meninggalkan PKNS FC pada 2018, pemain itu turut tidak terikat dengan mana-mana kelab sebelum disunting kembali oleh KL City FC pada musim lalu.

Ketiadaan Daniel Ting di posisi bek kanan menyaksikan kekosongan itu diisi oleh Declan Lambert, iaitu saudara kembar kepada Ryan yang menyertai pasukan itu pada musim lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN