“Bukan Benda Baru” – Dari 2013 Cerita Pengadil Tak Habis

Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) bertanggapan isu pengadilan di Liga Malaysia bukanlah perkara baharu.

Malah TMJ sendiri berkata masalah tersebut tidak habis-habis timbul sejak Baginda menceburkan diri di dalam bola sepak pada 2013.

Baginda berkata demikian untuk mengulas mutu pengadilan perlawanan separuh akhir Piala Malaysia di antara Terengganu FC dan JDT pada malam tadi.

“First, ref [pengadil] taj cukup bagus. Bukan game [perlawanan] semalam sahaja, tetapi 70% daripada perlawanan dalam setiap pertandingan,” titah TMJ melalui perkongsian IG Story yang dilakukannya.

Di sebalik itu, TMJ bagaimanapun mempunyai nasihat untuk penyokong-penyokong JDT.

“Tetapi apa sahaja berkaitan JDT automatically akan dibersarkan dalam setiap aspek. Jadi nasihat saya kepada penyokong JDT jangan fokus kepada isu tetapi fokus kepada ‘PROGRESS/KEMAJUAN’.

“Benda ni bukan benda baru, Dari 2013 cerita tak habis,” titah Baginda lagi mengenai perkara tersebut.

Pengadil dikritik gagal hukum pemain JDT

Selepas tamat perlawanan separuh akhir Piala Malaysia membabitkan kedua-dua pasukan, pengadil perlawanan,  Tuan Ahmad Yassin dikritik teruk oleh setiap pemerhati yang menyaksikan perlawanan ‘panas’ tersebut apabila dilihat gagal mengawal perlawanan dengan baik terutamanya dalam memberikan hukuman terhadap pemain yang bertindak kasar dan tidak profesional.

Turut menjadi tumpuan ialah tiga insiden melibatkan pemain JDT. Satu insiden melibatkan kekasaran Shane Lowry dengan Jordan Mintah, manakala dua lagi insiden melibatkan Natxo Insa.

Pemain berdarah Sepanyol-Malaysia itu dikatakan menampilkan aksi ‘tidak sporting’ apabila menyepak bola selepas wisel dibunyikan. Mengikut peraturan, tindakan itu sepatutnya diberikan kad kuning, namun pengadil seolah-oleh ‘menikus’ apabila berdepan pemain ini dan sekadar memberi amaran sahaja.

Natxo Insa kemudian dikatakan sengaja melakukan kekasaran dengan melanggar seorang pemain Terengganu dan ia merupakan kesalahan yang sepatutnya diberikan kad kuning. Tetapi entah apa yang ada di dalam kepala pengadil, pemain ini dilepaskan begitu sahaja.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN