Bukan Argentina Atau Portugal, Ini 3 Negara Bakal Indonesia Hadapi Untuk Aksi Persahabatan

Dalam misi untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi saingan Piala Dunia bawah 20 (B-20), Indonesia kini dilihat mula giat menjalani persiapan mereka dengan lebih awal.

Bawah kendalian Shin Tae-yong, skuad bawah (B-20) Indonesia kini giat menjalani kem latihan pusat yang sudah pun dibuat lebih awal sejak beberapa minggu lalu dengan ramai pemain sudah pun melaporkan diri masing-masing.

Menurut Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia iaitu Zainudin Amali, satu kejohanan mini akan dianjurkan mereka dengan membabitkan beberapa negara terpilih untuk bersaing sesama sendiri.

Ianya bertujuan sebagai medan buat setiap negara menguji kekuatan serta mengesan kelemahan masing-masing sebelum saingan Piala Dunia B-20 bermula.

Negara yang yang mengesahkan diri untuk menyertai kejohanan tersebut ialah Fiji, Guatemala, serta New Zealand untuk kejohanan tersebut.

Sebelum ini, Zainudin pernah menyatakan Portugal dan Argentina turut berada dalam radar mereka untuk turut dijemput dalam kejohanan ini bertemu Indonesia.

“Kami sedang menyiapkan kejohanan kecil dengan beberapa negara sudah pun dihubungi, moga segalanya dapat berjalan lancar.

“Ini merupakan salah satu impian saya, segalanya sudah pun dijelaskan kepada Indra Sjafri. Tetapi saya belum tahu jika Shin Tae-yong setuju atau tidak.

“Kami memilih lawan yang mempunyai rekod bagus dalam bola sepak supaya para pemain muda Indonesia mendapat pengalaman yang bagus buat diri mereka,” jelas Zainudin.

Namun segalanya tidak menjadi kenyataan dengan kedua negara tersebut mengesahkan tidak akan menyertai kejohanan itu dan tampil di Indonesia.

Mengenai kejohanan mini ini, Pengarah Teknikal Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) iaitu Indra Sjafri berharap agar ianya mampu memberi manfaat terbaik buat para pemain sebelum aksi Piala Dunia B-20 bermula.

”Mengenai kejohanan mini ini, ia merupakan salah satu cadangan daripada Shin kepada kami. Iaitu sebelum kami berlepas ke Uzbekistan, aksi pemanas badan diperlukan beliau terlebih dahulu untuk menguji para pemain.

“Mudah-mudahan ia akan memberi manfaat kepada jurulatih Shin dalam persiapan beliau untuk menghadapi saingan Piala Dunia nanti,” jelas Indra menerusi Bola.com.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN