Bukan 137, Pengumpul Data Devinder Singh Bentang Statistik 204 Gol Dijaringkan Safee Sali Sepanjang Kariernya

Safee Sali MFL

Sebaik sahaja Safee Sali mengumumkan persaraannya, timbul pula perbincangan mengenai jumlah gol yang telah dijaringkan oleh penyerang legenda negara sepanjang karier profesionalnya.

Astro Arena dalam grafik yang disiarkan menyatakan bekas penyerang Kuala Lumpur itu telah menjaringkan 137 gol secara keseluruhan.

Bagaimanapun, ia telah cuba untuk diperbetulkan oleh akaun Twitter HarimauMYstats yang menjelaskan jumlah yang tepat adalah 180 di peringkat kelab dan 23 gol di peringkat antarabangsa bagi perlawanan status A FIFA dan 1 gol antarabangsa bukan status A.

Ia tidak termasuk 14 gol ketika bersama skuad bawah 23 tahun (B-23).

Ia merujuk kepada data terperinci yang dikeluarkan oleh pengumpul data terkenal negara Devinder Singh.

Rekod tersebut telah dicerakinkan mengikut tarikh bermula dari gol pertama Safee Sali ketika beraksi untuk Kuala Lumpur pada 16 Februari 2003 menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Manakala gol terakhir yang dijaringkan olehnya adalah pada 4 September 2021 dalam aksi Liga Super ketika membantu Kuala Lumpur (KL) City menewaskan Kedah 2-1.

Jumlah keseluruhan 180 gol di peringkat kelab adalah seperti berikut:

  1. Kuala Lumpur (2003 – 2005, 2021 – 2022): 25
  2. Telekom Melaka (2003 pinjaman): 1
  3. Sarawak (2006): 19
  4. Selangor (2007 – 2011): 68
  5. Pelita Jaya (2011 – 2012): 27
  6. Johor Darul Ta’zim (2013 – 2016): 23
  7. PKNS (2017 – 2018): 12
  8. PJ City (2019 – 2020): 5

Berdasarkan data tersebut, juga Safee Sali telah merekodkan lima hatrik sepanjang kariernya:

  1. Kuala Lumpur vs Thang Khian Nam (Liga Premier 2) – 6 April 2003
  2. Sarawak vs Singapura B23 (Piala FA) – 19 April 2006
  3. Selangor vs PDRM (Liga Super) – 12 Januari 2008
  4. Selangor vs Brunei DPMM (Piala FA) – 19 Februari 2008
  5. Pelita Jaya vs Gresik United (Liga Super Indonesia) – 24 Mac 2012

Bagaimanapun, pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mungkin akan kembali memperincikan perkara ini agar dapat memberikan fakta dan data yang tepat.

Pencapaiannya di peringkat kelab, beliau telah menjuarai lima kali Liga Super, empat Piala Sumbangsih, dua Piala FA, satu Pia Malaysia dan satu Piala AFC.

Di peringkat antarabangsa pula beliau merupakan tonggak utama pasukan negara ketika memenangi satu-satunya kejuaraan Piala AFF pada 2010 dan turut membantu membantu skuad B-23 menjuarai Pesta Bola Merdeka pada 2007.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN