Buffon Ucap Selamat Tinggal Kepada Itali

Siapa lagi pemain yang paling pedih untuk meratapi kegagalan Itali mara ke Piala Dunia lebih daripada Gianluigi Buffon.

Ini adalah kali pertama Buffon gagal mara ke Piala Dunia sejak mewakili Itali dari usia 19 tahun. Dalam aksi awal pagi tadi, Buffon tetap menunjukkan kelas beliau sebagai legenda hidup.

Ketika sesi nyanyian lagu kebangsaan, penyokong Itali menge-boo-kan lagu kebangsaan Sweden. Tetapi Buffon memberikan penghormatan beliau dengan bertepuk tangan untuk lagu tersebut.

Itali gagal untuk menyamakan kedudukan dalam perlawanan disaksikan 70,000 penyokong di San Siro. Buffon naik ke atas pada babak akhir perlawanan ketika sepakan penjuru. Namun masih gagal membantu rakan-rakan beliau di hadapan yang sangat tumpul.

Sebaik sahaja wisel dibunyikan Buffon awalnya mahu mengawal emosi beliau dengan mengucapkan tahniah kepada pemain-pemain lawan.

Kemudian Buffon semakin gagal mengawal emosi beliau. Di bawah ini adalah salah seorang pegawai perlawanan menenangkan Buffon.

Buffon kemudia memberitahu wartawan yang beliau akan meninggalkan pasukan Itali. Buffon meminta maaf kerana perlawanan terakhir beliau adalah perlawanan pahit di mana Itali gagal mara ke Piala Dunia.

“Saya sah akan meninggalkan pasukan kebangsaan ke tangan orang yang tepat dengan adanya Donnarumma dan Perin, saya tidak menyesal untuk membuat keputusan ini.”

“Saya mahu memelu semua orang. Chiello saya, Barza saya, Leo saya, dan Lele (De Rossi) saya. Saya ucapkan yang terbaik untuk mereka yang akan menjadi tauladan kepada generasi muda.”

Buffon juga tidak mahu penyokong Itali menyalahkan pengurus mereka, Gian Piero Ventura.

“Kenapa nak jadikan pengurus sebagai kambing hitam? Dalam sukan kita harus belajar untuk menang dan kalah sebagai satu pasukan, berkongsi kegembiraan dan kesakitan. Berkongsi pujian dan detik pahit. Pengurus dan kami (pemain) harus dikritik sama rata.”

Selepas Euro 2016 yang lalu, Buffon menarik hasrat beliau untuk bersara. Beliau memberitahu akan terus berkhidmat untuk Itali dan akan bersara selepas Piala Dunia Rusia 2018.

Namun hasratnya tidak tercapai. Buffon sudah beraksi dalam 5 Piala Dunia. Memenanginya sekali. Ini pastilah detik yang agak menyedihkan untuk peminat bola sepak.

Selamat tinggal Buffon! Piala Dunia tanpa Itali memang akan terasa lain. Piala Dunia tanpa anda juga begitu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN