‘Buffon Malaysia’ Mahu Julang Piala Malaysia Sebelum Bersara

Penjaga gol berpengalaman Terengganu FC (TFC), Mohd Suffian Abdul Rahman bertekad mengulangi aksi cemerlang ketika menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam pada hari sabtu ini.

Suffian mempamerkan aksi memukau menafikan beberapa percubaan berbahaya JDT ketika perlawanan separuh akhir di stadium larkin minggu lepas.

Kecemerlangan beliau itu telah membantu skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim menamatkan kemarau tujuh tahun untuk kembali ke perlawanan akhir.

Malah, pemain yang berusia 40 tahun itu bakal mencipta sejarah sebagai pemain yang paling tua beraksi di pentas perlawanan akhir dalam sejarah Piala Malaysia.

Beliau yang menjadikan bekas penjaga gol kebangsaan Itali, Gianluigi Buffon sebagai idolanya itu turut berhasrat menjulang piala berprestij itu sebelum mengambil keputusan untuk bersara sebagai pemain bola sepak professional.

“Saya berharap aksi final amat bermakna buat saya dan berharap dapat menjulang gelaran bagi musim ini,” kata Suffian kepada Stadium Astro.

Kecemerlangan Suffian ditagih oleh Irfan Bakti untuk memastikan gawang gol Terengganu FC tidak mudah bocor. FOTO: TFC

Kali terakhir beraksi dalam final Piala Malaysia 2008 bersama Selangor, Suffian berazam kekalahan 3-2 kepada Kedah ketika itu dapat dipadamkan dan meraih kejayaan bersama TFC.

“Saya akan memberikan yang terbaik ketika berdepan Perak. Saya berharap keputusan berpihak kepada TFC.” ujarnya.

Sebelum menyarung jersi TFC musim lalu, Suffian pernah mewakili lapan pasukan bermula dengan NS, Telekom Melaka, Selangor, Kuala Muda Naza FC, Sarawak, Pahang, FELDA United dan Sime Darby FC.

Mengulas lanjut, bekas penjaga gol kebangsaan itu meminta pemain TFC supaya tidak mengambil mudah pertemuan menentang Perak itu kerana di dalam bola sepak, apa saja boleh berlaku.

“Justeru, sebagai pemain paling senior dalam padang, apa yang penting rakan sepasukan harus tenang dan tidak mengikut emosi selain mengikut taktikal yang diatur jurulatih,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN