Gianluigi Buffon: “Kalau Boleh Saya Nak Elak Leicester City”

Penjaga gol yang malar segar, Gianluigi Buffon memberitahu beliau kalau boleh mahu elak Leicester City dalam pusingan suku akhir UCL.

Ini selepas wartawan bertanya tentang pasukan mana yang Buffon rasa agak gentar untuk tentang dalam pusingan seterusnya.

Buffon lebih rela menentang termasuk Real Madrid, Barcelona dan Bayern Munich yang turut berada dalam senarai.

Tetapi beliau kalau boleh mahu mengelakkan Leicester City. Ini kerana pasukan tersebut pakar dalam mengecewakan pasukan besar.

Beliau berkata:

“Jika anda bertanya, pasukan mana yang saya mahu elakkan jika saya mampu berbuat begitu?”

“Saya akan kata, ianya adalah Leicester City.”

“Mereka ada kesungguhan yang tinggi dan sangat faham cara untuk bermain dengan pasukan kuat.”

“Mereka juga tahu cara untuk menyakiti pasukan lebih besar.”

“Kami mempertaruhkan segalanya sekiranya diundi berhadapan dengan mereka.”

Undian suku akhir UCL akan diadakan Jumaat ini. Perlawanan-perlawanan suku akhir tersebut akan dimainkan pada pertengahan April depan.

Juventus dan Leicester masing-masing menang dalam perlawanan awal pagi tadi dan mara ke pusingan seterusnya.

Leicester City bangkit daripada ketinggalan 2-1 secara aggregate untuk menang 2-0 di Stadium Kingpower.

Ini adalah pertama kali Leicester City bermain di suku akhir UCL hanya dalam percubaan pertama mereka dalam kejohanan berprestij ini.

Baca juga: Rojo Bebas Hukuman, Tetapi United Dikenakan Tindakan Kerana Gagal Kawal Pemain

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN