Buffon Digantung 3 Perlawanan Oleh UEFA Kerana Beri Komen Pedas Terhadap Pengadil

Penjaga gol legenda, Gianluigi Buffon kini telah diberikan hukuman tambahan oleh pihak UEFA di atas perbuatan luar batasan beliau musim lalu.

Buffon telah dikenakan hukuman gantung 3 perlawanan oleh badan induk bola sepak Eropah itu selepas mengeluarkan komen pedas terhadap pengadil dalam aksi UEFA Champions League (UCL) pada musim lalu.

“Badan Kawalan, Etika & Disiplin UEFA telah membuat keputusan untuk menggantung pemain Juventus iaitu Gianluigi Buffon sebanyak 3 perlawanan pertandingan anjuran UEFA.”

Keputusan yang diambil oleh UEFA itu terhasil selepas Buffon mengeluarkan kata-kata pedas terhadap pengadil Michael Oliver ketika perlawanan suku akhir 2 UCL menentang Real Madrid.

Dalam perlawanan itu, Oliver telah memberikan penalti minit akhir kepada Real Madrid dan ia membolehkan Cristiano Ronaldo menjaringkan gol kemenangan menerusi sepakan penalti.

Oliver juga turut memberikan kad merah kepada Buffon yang membantah secara melampau terhadap keputusan penalti pengadil England itu.

Selepas perlawanan, Buffon memberikan komen pedas dengan mengeji keputusan Oliver itu.

“Untuk berikan keputusan (penalti) yang penuh dengan pertikaian ini untuk membunuh segala usaha keras pasukan yang memberikan sepenuhnya usaha, bolehlah campakkan hati itu ke tong sampah.”

Buffon bagaimana pun kini telah mengeluarkan kenyataan maaf kepada Oliver mengenai komen pedas beliau itu.

Penjaga gol itu meninggalkan Juventus dan kini masih belum lagi membuatkan keputusan sama ada hendak bersara atau menyertai kelab baharu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN