‘Budaya Jijik’ – Kim Pan-gon Tak Perlu Buang Masa ‘Mengampu’ TMJ, Fokus Kepada Kejayaan Skuad Kebangsaan

Kim Pan-gon mengampu TMJ

Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon mendakwa beliau terkejut dengan pengunduran Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim daripada pengurusan kelab miliknya Johor Darul Ta’zim (JDT).

Menerusi kenyataan yang disiarkan oleh akaun media sosial Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), jurulatih warga Republik Korea itu menggesa agar TMJ mempertimbangkan keputusannya kerana menganggap ia satu kerugian besar buat bola sepak Malaysia.

“Dalam masa kurang sedekad, Tunku Ismail berjaya membawa JDT ke tahap lebih tinggi selari dengan semangat cintakan bola sepaknya yang mendalam. Lantaran itu, bola sepak Malaysia sememangnya perlukan TMJ,” kata Kim.

 

Barah dalam masyarakat

Budaya mengampu, membodek, ‘mengipas’ atau ‘menjilat’ ini telah berakar dalam kalangan masyarakat kita sejak sekian lama dan ia jelas menjadi salah satu faktor utama kepada keruntuhan sekecil-kecil organisasi sehinggalah pemerintahan sebuah negara.

TIdak kira sama ada di tempat kerja, persatuan, sektor atau swasta, dan sebagainya, budaya menjengkelkan ini tidak seharusnya dibiarkan berleluasa sehingga menjadi barah.

Sebagai jurulatih yang dibawa jauh dari negara yang mempunyai etika kerja yang tinggi, Kim sepatutnya membuktikan beliau mampu membawa nilai yang berbeza terutamanya di awal era pengurusan baharu skuad kebangsaan di bawah kendaliannya.

‘Game Management’ Pan-gon Yang Genius Matikan Taktikal Fizikal Turkmenistan

Sudah menjadi lumrah dalam mana-mana organisasi, setiap orang datang dan pergi. Selaku pewaris utama dalam sistem kesultanan Johor, TMJ juga mempunyai tanggungjawab besar yang tidak memungkinkan beliau untuk memberi tumpuan penuh dalam pengurusan pasukan.

Pengarah Teknikal JDT, Alistrair Edwards dalam kenyataan terbaharunya juga menjelaskan pengunduran TMJ bukanlah bermaksud beliau akan melepaskan tanggungjawabnya bersama kelab tersebut secara 100 peratus.

Sebaliknya selaku pemegang saham majoriti, TMJ akan terus memantau perkara-perkara berkaitan infrastruktur, komersil dan kewangan kelab.

Manakala yang diserahkan sepenuhnya kepada pengurusan tertinggi kelab adalah hal hal teknikal lain seperti perpindahan pemain, aktiviti pasukan, perbincangan kontrak dan sebagainya.

Dari pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka, era penjajahan sehinggalah zaman moden, negara ini telah banyak mengalami kerosakan akibat budaya mengampu terhadap mereka yang mempunyai pangkat, darjat dan kebesaran.

Oleh yang demikian, Kim (serta majikannya FAM) tidak perlulah beriya-iya mencoret panjang lebar menzahirkan kata-kata bersifat ‘menjilat’ itu.

Tetapi selaku ketua jurulatih skuad kebangsaan, fokus utamanya adalah untuk memastikan Malaysia mampu mendapat keputusan terbaik dalam pusingan Kelayakan Piala Asia 2023 yang berlangsung ketika ini.

Hapuskan budak mengampu dalam bola sepak negara.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN