Buat ‘U-Turn’ Kembali Ke Sri Pahang, Muslim Ahmad Tertarik Gandingan Bersama Abang Anthony Martial?

Muslim Ahmad Johan Martial Sri Pahang 2022

Kira-kira sebulan lalu, kapten Sri Pahang, Muslim Ahmad diumumkan telah meninggalkan pasukan selepas musim berakhir, namun sebentar tadi, laman sosial rasmi Sri Pahang mengumumkan penyertaan semulanya.

Satu keputusan yang baik buat Sri Pahang yang kehilangan 12 pemain yang sah meninggalkan pasukan. Hanya Muslim Ahmad dan Manuel Hidalgo yang dikhabarkan membuat ‘u-turn’ untuk kembali bersama mereka.

Sejak 2017, Muslim Ahmad telah tampil sebanyak 73 kali dalam saingan Liga Super, malah beliau telah dilantik sebagai kapten pasukan musim ini. Beliau tiba ke Darul Makmur dari Kelantan yang menamatkan musim 2016 di kedudukan ke-4 liga. Ia juga berlaku selepas Presiden, Tan Sri Annuar Musa melepaskan jawatannya.

Muslim Ahmad Antara Yang Tinggalkan Sri Pahang, Adakah Ini ‘Panggilan’ Kim Swee Lagi?

Ketika diumumkan beliau meninggalkan Tok Gajah, Semuanya BOLA menjangkakan beliau akan menyertai revolusi Sabah FC di bawah kepimpinan bekas pengendali skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee.

Muslim Ahmad merupakan tonggak penting Kim Swee ketika meraih pingat emas Sukan SEA 2011. Setakat ini, Baddrol Bakhtiar dan Khairul Fahmi Che Mat antara pemain daripada skuad emas ini yang telah sah ke Sabah.

Memetik kenyataan Sri Pahang tersebut, “Bekas kapten Sri Pahang ini pada awalnya diumumkan sebagai salah seorang pemain yang meninggalkan pasukan selepas berakhir musim 2021. Namun pemain berusia 33 tahun ini ditandatangani semula, menyaksikannya kekal menyarung jersi Sri Pahang buat musim keenam.”

Adakah Muslim Ahmad akan kekal sebagai kapten pasukan selepas drama ‘u-turn’ ini? Mengapa beliau kembali ke pangkuan Sri Pahang? Adakah tiada sebarang tawaran diterimanya atau Sri Pahang masih mahukannya?

Barangkali ia ada sedikit perkaitan dengan perubahan yang berlaku di posisi benteng pertahanan musim depan.

Setakat ini, Sri Pahang telah memiliki pemain import baharu untuk posisi bek tengah yang merupakan calon untuk bergandingan dengannya iaitu Johan Martial yang diterbangkan dari Perancis. Selain itu, mereka juga diperkuatkan dengan kehadiran bekas tonggak skuad Harimau Muda, Wan Amirzafran Wan Nadris.

Selain itu, mereka turut diperkuatkan dengan dua bek kiri baharu iairu Azwan Aripin dari Penang FC dan Fandi Othman yang dibawa masuk dari Kedah Darul Aman FC. Kedua-dua pasukan itu menamatkan saingan Liga Super musim lalu di kedudukan kedua dan ketiga liga. Satu perubahan struktur yang menarik di benteng.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN