Aksi cemerlang Diogo Dalot dalam perlawanan pra-musim merupakan satu isyarat jelas bahawa Manchester United tidak perlu lagi berbelanja untuk membawa masuk Kieran Trippier dalam jendela perpindahan musim panas ini.
Selepas ketibaan Aaron Wan-Bissaka dan kurang mendapat perhatian Ole Gunnar Solskjaer pada musim 2019/20, Dalot dipinjamkan ke AC Milan pada musim lalu dan mencipta impak positif bersama kelab Serie A tersebut.
Di San Siro beliau telah merekodkan dua gol serta tiga bantuan jaringan dari 34 perlawanan dalam semua pertandingan.
Diogo Dalot has a goal and an assist for AC Milan in the #UEL tonight! 🔥 #MUFC pic.twitter.com/gq76BO94jF
— Stretford Paddock (@StretfordPaddck) October 29, 2020
Kepulangannya pemain berusia 22 tahun itu ke Old Trafford telah menimbulkan tanda tanya sama ada beliau akan dijual atau sekali lagi dipinjamkan.
Namun selepas mempamerkan persembahan yang cukup memberangsangkan ketika perlawanan persahabatan menentang Everton di mana beliau turut menjaringkan satu gol cantik menerusi tandukan, ia seolah-olah satu petanda bahawa Dalot sudah bersedia untuk mencipta nama di Old Trafford.
United dikaitkan dengan Trippier selepas pemain bek kanan itu berulang kali mengatakan beliau berminat untuk menyertai Manchester United.
Bekas pemain Tottenham Hotspur itu mahu kembali ke negara kelahirannya selepas dua musim berkelana di Sepanyol dan Atletico Madrid menjuarai La Liga pada musim lalu.
Atlético Madrid right back Kieran Trippier has moved closer to a move to Manchester United after the Spanish club have reportedly Made a bid for River Plate's Gonzalo Montiel, also it's looking like Diago Dalot is unlikely to be part of Ole's plans next season. #Trippier #MUFC pic.twitter.com/VXshQdpn69
— The Transfer Exchange Show (@TheTransferEx) August 3, 2021
Trippier tentunya satu penambahan yang cukup menarik untuk United terutamanya dalam mencipta persaingan yang sihat dengan Wan-Bissaka, seperti mana impak positif yang terhasil dari persaingan Luke Shaw dan Alex Telles pada musim lalu.
Namun pemain berusia 30 tahun itu bukanlah boleh dibawa masuk secara percuma memandangkan beliau masih mempunyai kontrak sehingga Jun 2023 dan Atletico Madrid meletakkan tag harga bernilai £30 juta untuk pemainnya itu.
United seharusnya menyedari bahawa Dalot bukanlah pemain yang perlu disia-siakan begitu sahaja. Reputasinya cukup baik sehingga beliau dipilih untuk disenaraikan bersama skuad Portugal di kejohanan Euro 2020 yang lalu.
Diogo Dalot expected to be one of two right-backs at Manchester United this season, following Euros + good pre-season!
Kieran Trippier pursuit paused due to Atletico price; looks set to stay that way!🔴🇵🇹#MUFC #ACMilan #Dalot #Trippier #Transfers
[@lauriewhitwell] pic.twitter.com/8CDMaDxEmy
— Daily Transfers (@DailyTransfer1_) August 9, 2021
Terus membiarkan Wan-Bissaka mendominasi posisi bek kanan tanpa persaingan bukanlah satu langkah yang baik dalam menggilap potensi dan keupayaan pemain itu.
United telah pun membelanjakan £19 juta untuk mendapatkan Dalot dari Porto tiga tahun lalu yang menjadikannya sebagai salah seorang pemain remaja termahal di dunia dan dilabel oleh Jose Mourinho sebagai pemain bek sisi terbaik di Eropah ketika itu.
Dengan memiliki kepantasan dan kualiti yang digemari dalam bola sepak moden, mungkin inilah masa terbaik untuk memberikannya peluang untuk membuktikan kemampuan sebenarnya.