BT Sports merupakan penyiar rasmi Piala FA Inggeris. Mereka antara sebab kenapa penjadualan Piala FA di antara Tottenhanm Hotspur menentang Tranmere diubah ke sebelah Jumaat – malam.
Penyokong Spurs bengang kerana mereka menukar jadual namun tidak berunding dengan pihak penyedia pengangkutan awam untuk menambah ataupun melanjutkan operasi tren untuk penyokong balik semula ke London – selepas tamat perlawanan.
2 banner itu ditulis: “Hari ke-11 selepas Krismas, FA memberikan saya perjalanan [trip] ke Tranmere untuk tv berbayar.”
Dan seterusnya ditulis: “BT Sports: pembunuh Piala FA.”
Great evening, shame about @btsport confiscating these flags… 7.45pm Ko on a Friday night at Tranmere with no public transport home pic.twitter.com/veBhfzWNMa
— Laura Oakley (@lauraoakley81) January 4, 2019
Akibatnya penyokong Spurs sukar untuk pulang ke London. Ramai yang terpaksa membatalkan perjalanan ke tempat lawan kerana ada yang membawa keluarga bersama.
Pegawai BT Sports telah mengarahkan agar pembantu stadium menyita kain rentang tersebut. Ini kerana ianya dituduh boleh merosakkan reputasi badan penyiar tersebut serta FA England.
Di atas padang, kemarahan penyokong Spurs terubat dengan kemenangan bergaya pasukan mereka. Ini apabila Tottenham Hotspur menang besar, membelasah Tranmere 7-0 – dalam pusingan ke-3 Piala FA.
Hatrik oleh Fernando Llorente ditambah dengan 1 gol masing-masing daripada Harry Kane, Aurier dan Son Heung Min.
Ini merupakan rekod kemenangan terbesar oleh Spurs di tempat lawan dalam tempoh 136 tahun. Ini juga margin kemenangan terbesar mereka sejak menang 9-1 ke atas Wigan pada 2009 dan kemenangan 13-2 ke atas Crewe pada 59 tahun yang lalu.
“Ramai penyokong di England menyokong tindakan oleh penyokong Spurs ini. Ini kerana mereka mahu pihak penganjur perlawanan dan badan penyiar lebih bertanggungjawab dalam isu ini.
Mereka juga mendesak agar FA England tidak terlalu mempertimbangkan isu penjadualan perlawanan hanya dengan menitikberatkan isu ‘rating’ tontonan. Ambil kira juga kebajikan penyokong.