Bruno Suzuki Dipilih Pemenang Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM-Asiana Liga Perdana

Bintang Negeri Sembilan, Bruno Suzuki telah memenangi anugerah pemain terbaik bulanan!

Beliau dipilih sebagai pemenang Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM-Asiana.my untuk Liga Perdana bagi bulan Februari.

Tajam

Gol-gol beliau nyata menjadi punca mengapa Negeri Sembilan cukup mantap musim ini.

Beliau telah menjaringkan 7 gol daripada 6 perlawanan cukup membantu skuad Jang dalam misi pulang ke Liga Super selepas lama berada di Liga Perdana.

Beliau juga memberikan sebab mengapa perlunya penyokong Negeri Sembilan menyukai beliau seawal penampilan pertama beliau.

Hal ini kerana, Suzuki menjaringkan hatrik seawal perlawanan pertama beliau bersama Negeri Sembilan di Liga Perdana!

Gambar: Dzulfadlil Azim/Asiana

Saingan sengit

Walaupun merupakan calon utama untuk memenangi anugerah ini, Suzuki tetap dicabar hebat oleh beberapa pemain lain yang juga tidak kurang hebatnya.

Beliau dicabar oleh penyerang MISC-MIFA iaitu Bodric Dimitri yang mencipta kejutan apabila hadir sebagai pemain gantian dan kemudiannya menjaringkan 4 gol ketika menentang JDT II.

Selain itu juga, Suzuki dicabar oleh sandaran PDRM iaitu Dao Bakary yang juga konsisten hampir setiap minggu menjaringkan gol untuk pasukan Sang Saka Biru.

Pemain yang boleh kami katakan sebagai pencabar terdekat beliau untuk anugerah ini adalah bintang Terengganu iaitu Lutfulla Turaev apabila perancang Terengganu itu menjadi punca mengapa Terengganu cukup ampuh dibahagian serangan musim ini.

Dalam masa yang sama, Suzuki turut menepikan cabaran dari bintang PKNP FC yang semakin meningkat naik iaitu Shahrel Fikri.

Kemenangan Suzuki ini boleh dikatakan sangat berhak kerana beliau cukup dominan di bahagian serangan untuk Negeri Sembilan pada musim ini.

Tahniah dan semoga terus cemerlang buat Bruno Suzuki!

Baca juga: Baddrol Bakhtiar Dipilih Pemenang Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM-Asiana

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN