Tempoh hari, wakil kami telah berkunjung ke Seremban untuk bersama-sama pihak PFAM di dalam majlis ringkas penyerahan trofi Anugerah Pemain Terbaik Bulanan Liga Perdana PFAM-Asiana.my kepada bintang Negeri Sembilan – Bruno Suzuki.
Wakil kami sempat bertemu dengan beliau dan mengadakan satu sesi temu ramah ringkas dengan beliau.
Antara yang menjadi pertanyaan adalah mengenai kemenangan beliau sebagai pemain terbaik bulanan dan juga mengenai rakan-rakan sepasukan beliau di Negeri Sembilan!
Bruno juga menceritakan siapakah pemain paling kelakar di Negeri Sembilan, siapakah yang paling rajin ketika latihan dan macam-macam lagi!
Baca juga: Kerana Terlalu Cemerlang, Rakyat Brazil Mahu Jurulatih Mereka Jadi Presiden Negara