Bruno Lopes: Organisasi Pasukan Kelantan Paling Teruk Pernah Saya Jumpa

Laporan daripada Berita Harian semalam mendedahkan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) disifatkan sebagai persatuan yang memiliki organisasi paling teruk.

Perkara ini didedahkan sendiri oleh pemain import pasukan itu, Bruno Lopes yang menyifatkan Kelantan satu-satunya pasukan bola sepak yang tidak mempunyai organisasi tersusun sepanjang kerjayanya.

Ia susulan tindakan KAFA yang mengambil pendekatan untuk berdiam diri berhubung soal pampasan yang seharusnya dibayar kepada penyerang berusia 31 tahun itu selepas bersetuju menamatkan kontraknya lebih awal selepas mengalami kecederaan jangka masa panjang.

Lopes mengakui rasa tertipu serta bingung selepas tidak mendapat sebarang perkembangan mengenai tuntutan berkenaan.

“Mereka belum lagi membayar pampasan kepada saya. Saya ada keluarga dan anak namun apabila saya cuba mendapatkan maklum balas, ia gagal kerana mereka menghalang saya di aplikasi WhatsApp.

“Saya tidak tahu apa kedudukan saya dan juga pampasan yang dijanjikan itu. Tiada apa-apa perkembangan. Kelantan adalah pasukan dengan organisasi paling teruk yang pernah saya jumpa.

“Kelab amatur di Brazil pun memiliki struktur organisasi yang lebih baik dan tersusun berbanding mereka. Sudahlah mereka tidak membantu saya dengan proses pemulihan, sebaliknya sekadar fikir untuk menamatkan kontrak saya sahaja,” katanya.

Lopes ketika ini mengalami kecederaan namun ianya tidak mematahkan semangatnya untuk beraksi dengan pasukan lain.

“Buat masa ini, fokus saya untuk sembuh sepenuhnya daripada kecederaan yang dialami dan kembali mendapatkan rentak persembahan.

“Apapun, saya sedia untuk beraksi di Malaysia namun biarlah bersama pasukan yang memiliki struktur organisasi yang lebih baik,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN