Pemain Manchester United, Bruno Fernandes mengatakan yang rakan-rakan sepasukannya mempunyai mentaliti yang cukup kuat untuk membantu Red Devils menjulang gelaran Premier League.
Kata pemain kebangsaan Portugal itu, beliau tidak hairan dengan apa yang dikatakan oleh orang lain mengenai kekuatan pasukan lain. Sebaliknya, beliau percaya Manchester United ada ramuan sendiri untuk menjulang kejuaraan.
“Orang mungkin boleh katakan yang skuad lain mempunyai kesebelasan utama yang lebih kuat, pemain yang datang dari bangku simpanan adalah lebih baik.”
“Tapi itu adalah apa yang dicakapkan oleh orang, saya tidak kisah pun.”
Fernandes mengatakan yang misinya adalah untuk memenangi kejuaraan bersama Manchester United dan sebagai pemain, beliau mengalu-alukan cabaran itu.
“Saya datang ke Manchester United untuk memenangi kejuaraan, dan sedang mencabar untuk memenangi hadiah terbesar di dunia.”
“Bagi kelab seperti Manchester United, ianya sudah lama mereka tidak memenangi gelaran Premier League. Saya rasa sudah terlalu lama.”
“Jadi di dalam kepala, semua pemain termasuklah staf yang kami di sini adalah untuk menang. Dan saya fikir semua yang terlibat mempunyai mentaliti itu,”kata beliau menerusi Sky Sports.
Untuk rekod, Manchester United sudah lapan tahun gagal merangkul gelaran Premier League dengan tiada seorang pun pengurus selepas era Sir Alex Ferguson berjaya menghadiahkan gelaran itu kepada Red Devils.
Kejuaraan terakhir dinikmati mereka adalah gelaran berganda EFL Cup dan Europa League ketika Jose Mourinho menjadi pengurus.
Baca juga artikel kami mengenai Bruno Fernandes:
Saha: Manchester United Perlukan Empat Orang Lagi Bruno Fernandes
Bruno Fernandes Jawab Sindiran Mourinho Tentang Sepakan Penalti
Neville: Bruno Fernandes Perlukan Rehat Secukupnya Untuk Kembali Cemerlang