Bruno Fernandes: Kejayaan Di UEL Mampu Tingkatkan Moral Rebut Kejuaraan EPL

Bruno Fernandes

Tonggak utama Manchester United, Bruno Fernandes menegaskan kejuaraan Liga Europa (UEL) mampu untuk meningkatkan moral pasukan tersebut dalam usaha untuk meraih kejayaan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim hadapan.

Manchester United berada di landasan tepat untuk mengulangi pencapaian menjuarai kempen UEL 2016/17 apabila bakal berdepan Sevilla pada aksi separuh akhir yang berlangsung pada 17 Ogos nanti di Jerman.

Ia juga menyaksikan United menikmati separuh akhir buat kali ketiga pada musim ini setelah mereka turut beraksi di peringkat yang sama dalam pentas Piala Carabao dan Piala FA.

”Saya fikir kami perlu untuk terus meningkat dan memulakan kempen liga [musim hadapan] dengan mentaliti kemenangan,” ujar Fernandes menurut laporan Goal.

”Kami tahu bahawa kami bermain bersama pasukan yang besar dengan aspirasi yang besar, begitu juga dengan pemain, kami mempunyai aspirasi yang besar dan kami perlu untuk memenangi beberapa trofi.”

”Sudah tentu, Liga Perdana Inggeris merupakan salah satu daripada trofi yang kami mahu menangi dan saya merasakan dengan memenangi Liga Europa bakal menjelmakan mentaliti yang baik untuk kami memenangi trofi dan bersaing dengan kelab-kelab ternama.”

”Untuk musim hadapan, sekiranya kami mampu untuk memenangi [UEL], ia akan menjadi sesuatu yang cukup penting,” tambah Fernandes lagi.

Lawan The Red Devils pada aksi separuh akhir nanti bagaimanapun bukanlah calang-calang pasukan kerana Sevilla turun selaku kelab yang paling banyak menjulang trofi Liga Europa dengan lima kejuaraan [2005/06, 2006/07, 2013/14, 2014/15 dan 2015/16].

Musim ini, Manchester United berjaya menamatkan kempen EPL di tempat ketiga selepas 66 mata hasil 18 kemenangan, 12 keputusan seri dan lapan kekalahan yang dialami.

Kredit feature image: Clive Brunskill/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Bruno Fernandes:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN