Bruce Grobbelaar: Liverpool Berikan Saya Peluang Kedua, Kenapa Tidak Buat Karius?

Perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah 2017/18 sudah hampir seminggu meninggalkan seluruh peminat bola sepak dunia, namun kisah kesilapan penjaga gol Liverpool, Loris Karius terus menjadi tajuk perbincangan hingga ke hari ini.

Selepas David James tampil untuk menyatakan sokongan terhadap Karius, kali ini seorang lagi bekas penjaga gol The Reds, Bruce Grobbelaar menyatakan pendirian yang sama.

Grobbelaar beraksi untuk Liverpool dari tahun 1981 hingga 1994 dan telah menjadi kesayangan para penyokong, mahukan peluang kedua diberikan kepada Karius untuk memperbetul dan menebus kesilapannya seperti apa yang dihadapi Grobbelaar (melakukan kesilapan dan bangkit semula) ketika zamannya.

Ikon Liverpool itu bercakap kepada BBC, ”Mereka (Liverpool) memberikan peluang kedua kepada saya, jadi kenapa tidak mereka berikan peluang kedua selepas satu perlawanan?”

”Mereka perlu memastikan dia menjadi tumpuan pada musim hadapan.”

KIEV, UKRAINE – MAY 26: Loris Karius of Liverpool breaks down in tears after defeat in the UEFA Champions League final between Real Madrid and Liverpool on May 26, 2018 in Kiev, Ukraine. (Photo by Laurence Griffiths/Getty Images)

Grobbelaar yang kini berusia 60 tahun turut mengatakan bahawa Karius akan menjadi sangat bernilai untuk beberapa tahun lagi.

”Karius akan menjadi penjaga gol yang bernilai dalam saingan Liga Perdana Inggeris buat beberapa tahun akan datang.”

”Dia hanya bernilai £4 juta dibawa dari Mainz, dia akan menjadi besar kerana dia telah meningkat sejak Virgil Van Dijk mengepalai jentera pertahanan pasukan.”

Grobbelaar turut berpendapat bahawa Jurgen Klopp perlu melabur untuk posisi di bahagian lain daripada cuba mendapatkan penjaga gol baharu.

”Liverpool boleh memenangi Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan tetapi dua pemain lagi perlu ditambah ke dalam pasukan.”

”Mereka memerlukan seorang pertahanan tengah dan seorang penyerang.”

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN