Bruce Grobbelaar Dedah Bagaimana Air Kencing Beliau Bantu Liverpool Juara EPL

Bruce Grobbelaar

Liverpool akhirnya menamatkan kemarau juara liga di England selepas berjaya menjulang gelaran Premier League pada 2020.

Kemarau 30 tahun itu diakhiri dengan cukup bergaya walaupun Liverpool mempunyai peluang terlepas kejuaraan kerana liga terhenti akibat pandemik Covid-19.

Kejayaan Liverpool itu ditunjangi dengan persembahan cemerlang pemain-pemain seperti Mohamed Salah, Sadio Mane, Virgil van Dijk dan Alisson Becker.

Namun disebalik kehebatan pemain-pemain tersebut di tepi padang, mungkin ada satu lagi faktor yang membuatkan Liverpool akhirnya menjadi johan liga di England.

Faktor tersebut adalah air kencing.

Bekas pemain Liverpool, Bruce Grobbelaar mendedahkan yang beliau mungkin telah menyumbang kepada faktor kejayaan pada 2020.

Hal ini kerana, beliau bertanggungjawab telah ‘sumpahan’ yang menimpa Liverpool untuk 30 tahun hingga tak menang liga.

Menurut laman FourFourTwo, Grobbelaar mendedahkan yang beliau pernah kencing di kedua-dua gol dekat Anfield untuk memastikan badi yang melekat pada Liverpool hilang.

“Saya diminta untuk bermain dalam perlawanan korporat di Anfield. Saya ceritakan hal ini kepada Tage Herstad yang merupakan individu yang menjemput saya bermain dalam perlawanan tersebut.

“Herstad berkata kepada saya, ‘awak mesti buang sumpahan itu’ lalu saya kencing di dalam botol dan siramnya ke kedua-dua gawang di Anfield,” ujar Grobbelaar.

Grobbelaar juga mengatakan yang beliau sebenarnya tidak faham dengan permintaan Herstad itu pada mulanya.

“Waktu itu, dia berkata, ‘Bruce, anda mesti buat kerja itu.’ Waktu itu, saya salah faham dengan ingatkan dia mahu saya mahu beraksi dengan baik jadi saya balas dengan, ‘baik, saya akan bermain dengan sehabis baik.’

“Namun selepas itu, dia berkata ‘bukan, anda kena buang sumpahan itu’. Selepas itu baru saya lakukannya,” jelas Grobbelaar.

Grobbelaar berbuat demikian kerana ianya adalah amalan di negaranya iaitu Zimbabwe iaitu jika padang bola sepak itu seolah-olah seperti disumpah, maka kencinglah pada tiang golnya.

Grobbelaar merupakan penjaga gol Liverpool yang berkhidmat selamat 13 tahun pada era 1980-an dan 1990-an.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN