Mengapa Orang British Benci Bila Bola Sepak Dipanggil ‘Soccer’?

Peminat bola sepak dari Amerika Syarikat memanggilnya soccer.

Peminat bola sepak di seluruh dunia selain Amerika Syarikat memanggilnya football.

Persoalannya mengapa Amerika Syarikat berkeras menamakan permainan yang menggunakan bola dan kaki sebagai soccer? Permainan yang menggunakan bola dan tangan pula mereka panggil football?

Bahan jenaka satu dunia

Seperti yang anda tahu, orang Amerika Syarikat banyak dijadikan bahan jenaka oleh peminat bola sepak dunia kerana terma soccer mereka. Laman web 9Gag, Imgur dan Reddit penuh dengan jenaka football vs soccer.

Bagi peminat bola sepak dunia, bola sepak Amerika perlu dipanggil ‘hand egg’.

John Cleese (salah seorang anggota kumpulan komedi lagenda British, Monty Python) juga pernah meluahkan ketidakfahamannya kepada Amerika Syarikat yang menggunakan terma football untuk permainan yang banyak menggunakan tangan.

Anda boleh menonton kemarahan Cleese dalam video di bawah:

Selain itu, peminat bola sepak juga mempersoalkan mengapa bola sepak Amerika diurus oleh lelaki 50-an yang berlebihan berat badan.

Terma ciptaan British sendiri

Seperti yang anda tahu, perkataan soccer sendiri dicipta oleh orang British. Ia berasal dari singkatan perkataan association football.

Jika orang British sendiri mencipta perkataan soccer, mengapa mereka bencikannya?

Mengapa orang British benci perkataan soccer?

1. Sistem sosio-ekonomi Britain

Punca asal mengapa orang British benci perkataan soccer ada kena-mengena dengan sejarah sosio-ekonomi di Britain.

Sehingga lewat 1970-an, Britain (England dan Scotland) merupakan dua negara yang didominasi oleh sistem kelas. Sistem kelas ini tidak sama seperti sistem kasta dalam agama Hindu kerana anda boleh menaik taraf kelas anda dengan kekayaan.

Sistem kelas British merupakan budaya yang diamalkan oleh orang kaya British untuk memisahkan mereka dengan orang lain berdasarkan kerjaya dan tahap kekayaan.

Ketika sistem kelas ini diamalkan, orang dari kelas pertengahan (middle class) dan kelas atasan (upper class) akan mengelak pergaulan dengan orang dari kelas pekerja (working class).

Mereka juga tidak menggemari sukan yang digemari oleh kelas pekerja – salah satunya, bola sepak.

(Nota: Dalam konteks sosialisme Marxism, kelas pekerja dikenali sebagai proletariat. Kelas pertengahan dikenali sebagai bourgeois. Kelas atasan dikenali sebagi aristokrat)

2. Dicipta oleh kelas pekerja (working class)

Bola sepak adalah sukan yang dicipta oleh orang kelas pekerja England pada lewat abad ke-19. Dalam masa yang singkat, bola sepak menjadi sangat popular di kalangan orang kelas pekerja UK. Ia juga menjadi popular di kalangan sebilangan kecil orang kelas pertengahan dan atasan.

Ketika bola sepak mula popular di kalangan sebilangan kecil orang kelas pertengahan dan atasan, perkataan soccer juga mula popular, tetapi ia hanya digunakan oleh orang kelas atasan.

Boleh dikatakan, hampir semua kelab bola sepak di England ditubuhkan oleh golongan kelas pekerja ini. Majoriti penyokong kelab yang datang ke stadium juga dari golongan kelas pekerja (gambar bawah).

3. Asal-usul perkataan soccer

10 tahun lalu, BBC menyiarkan program dokumentari bersiri yang dinamakan “Balderdash & Piffle”. Dalam dokumentari ini, BBC bekerjasama dengan Oxford English Dictionary untuk menerangkan asal-usul dan sejarah beberapa perkataan dalam Bahasa Inggeris.

Dalam program ini, ia memberitahu perkataan soccer berasal remaja kelas atasan yang bersekolah di private school (sekolah/kolej swasta) dan universiti elit. Pada lewat abad ke-19, remaja kelas atasan ini gemar memendekkan nama sukan dan mengakhirinya dengan -er. Rugby football menjadi rugger dan association football menjadi soccer.

Percanggahan antara soccer dengan football

Lama-kelamaan, golongan kelas atasan memanggil bola sepak sebagai soccer manakala golongan kelas pekerja memanggilnya football. Sistem kelas di Britain ini mendominasi sistem sosio-ekonomi Britain sehingga lewat 1970-an.

Dominasi kelas atasan terhadap media menyebabkan semua orang Britain – termasuklah dari kelas pekerja – terpaksa menggunakan Queen’s English (bahasa Inggeris baku) ketika di TV dan radio.

Ini termasuklah perkataan soccer.

Soccer dianggap bahasa formal manakala football dianggap bahasa pasar yang digunakan orang kelas pekerja.

Ketika inilah, buku-buku bola sepak, TV dan radio di Britain banyak menggunakan perkataan soccer untuk merujuk bola sepak. Contohnya buku tentang pemain sensasi Manchester United ini.

Penggunaan perkataan soccer secara meluas di media menyebabkan golongan kelas pekerja merasakan golongan kelas atasan cuba mengasingkan mereka dari sukan yang mereka cipta.

Adalah normal bagi lelaki-lelaki dari kelas pekerja untuk memaki pemain bola sepak yang memanggil bola sepak sebagai soccer di TV. Mereka akan memanggilnya ‘pembelot kelas’ (class traitor).

Fakta sejarah yang dilupakan golongan muda

Anda tanyalah mana-mana golongan kelas pekerja di Britain yang berumur 30 tahun ke atas, mereka akan memberitahu anda sistem kelas British adalah perkara yang benar.

Mereka akan memberitahu anda, kawan-kawan mereka yang berasal dari keluarga kelas atasan lebih gemar memanggil bola sepak sebagai soccer, bukan football seperti orang kelas pekerja. Malah mereka memanggil bola sepak sebagai sukan orang pekerja.

Mereka akan memberitahu anda, kawan-kawan mereka yang berasal dari keluarga kelas atasan akan didenda rotan jika mereka bermain bola sepak.

Gambar di bawah ini merupakan bukti jelas sistem kelas British – yang malangnya masih menjadi warisan dalam arena sosio-politik Malaysia. Tiada tempat buat anak dari kelas pekerja untuk menduduki jawatan-jawatan tertinggi.

Dan itulah sebab mengapa orang British benci perkataan soccer.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN