Brendan Rodgers: Leicester City Fokus Bangunkan Pemain Muda, Bukan Kejar Kejuaraan

Leicester City

Pengurus Leicester City, Brendan Rodgers menegaskan bahawa keutamaan kelab tersebut adalah bagi membangunkan bakat baharu berbanding mengejar kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Leicester City terus cemerlang dalam persaingan liga selepas berjaya menundukkan Newcastle United 3-0 hasil jaringan Ayoze Perez, James Maddison dan Hamza Choudhury di St James’ Park.

Dengan prestasi tidak menentu dipamerkan Manchester City, banyak  pihak meramalkan Leicester City mampu untuk menjadi pesaing terdekat Liverpool.

Namun, Rodgers jelas tidak berminat dan melihat perkembangan pemain muda lebih menjadi fokus utama The Foxes.

”Itu bukan keutamaan kami untuk mengejar Liverpool, kami banyak ditanya mengenai perkara tersebut tetapi kami lebih berminat dalam membangunkan skuad dan pemain kami sendiri.”

”Mereka adalah pemain muda dan masih lagi dalam proses pembelajaran, James [Maddison] telah menunjukkan dia adalah bakat muda yang konsisten, pemain menakjubkan dan Hamza [Choudhury], permainannya akan menjadi lebih baik,” ujar Rodgers.

Dalam pada itu, Brendan Rodgers mendedahkan beliau tidak berminat untuk melepaskan James Maddison dan Caglar Soyuncu yang menyaksikan dua pemain tersebut menarik perhatian beberapa pasukan lain.

”Leicester akan cuba untuk mengintai mana-mana pemain yang kami minat, tetapi jendela perpindahan Januari amat sukar.”

”Anda dapat melihat skuad yang kami miliki ketika ini cukup berbakat.”

Kredit foto: Leicester City Football Club

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN