Liverpool menang besar 5-1 ke atas Arsenal pada 8 Februari 2014. Brendan Rodgers menyifatkan ia adalah antara detik terbaik dalam karier beliau dalam menguruskan taktikal pasukan.
Arsenal ketika itu datang ke Anfield dengan status pendahulu liga, 10 perlawanan tanpa kalah. Liverpool menjaringkan 4 gol dalam masa 20 minit. Ini adalah perkongsian Brendan Rodgers.
1. Beroperasi dari dalam/tengah
“Idea permainan kami adalah untuk membenarkan Arsenal membuka padang (pitch) selebar yang mereka mahukan. Dengan itu kami akan beroperasi di tengah ‘padang’ itu.”
“Selain daripada tengah, kami memfokuskan kepada binaan serangan di kanan. Kami yakin dapat memecahkan struktur pasukan Arsenal dari dalam bentuk (shape) pasukan mereka di atas padang.”
2. Tekanan berganda untuk Mesut Ozil
Rodgers menggariskan, yang mereka ada pelan khas untuk Mesut Ozil. Pemain Jerman ini menjadi sumber gerakan dan pusat kreativiti Arsenal dan tidak harus dibiarkan memegang bola terlalu lama.
“Kami mengenakan tekanan (pressing) tinggi kepada mereka setiap kali mereka menang bola dan cuba membina serangan. Untuk Mesut Ozil kami kenakan tekanan berganda.”
Jadi, dengan menekan Mesut Ozil, Liverpool telah berjaya mengurangkan pengaruh pemain tersebut di dalam perlawanan. Ia secara tak langsung memutuskan banyak rantaian permainan Arsenal.
Kekal taktikal
Rodgers menepis laporan analisis beberapa pundit yang menyatakan Liverpool menukar pendekatan taktikal pada musim kedua. Rodgers menjawab:
“Ramai yang menuduh saya menukar cara kami bermain pada musim kedua saya mengendalikan Liverpool. Ia tidak benar. Kami bermain dengan gaya yang sama. Bezanya hanya pada efisiensi.”
“Pada musim kedua saya di sana, kami menjaringkan 9 gol daripada serangan balas berbanding dengan hanya 2 pada musim pertama.”
“Itu kerana perubahan pada efisiensi dan bukannya pada taktikal.”