Brendan Rodgers: Ben Chilwell Bukan Untuk Dijual

Brendan Rodgers Ben Chilwell Leicester City

Pengendali Leicester City, Brendan Rodgers menegaskan yang bek kiri, Ben Chilwell bukan untuk dijual dan tidak akan melayan sebarang tawaran untuknya.

Antara yang dikaitkan dengan pertahanan berusia 23 tahun itu adalah Manchester City dan tentunya pasukan yang memiliki masalah di pertahanan saat ini, Chelsea. Dan Rodgers menekankan sekali lagi yang beliau tidak risau akan masa depan pemain itu.

‘Bukan untuk dijual’

“Dia adalah pemain Leicester dan bukanlah sesuatu yang merisaukan saya [mengenai masa depan Ben Chilwell],” ujar Brendan Rodgers dalam sidang media menjelang aksi bertemu Tottenham Hotspur. Kedua-dua pasukan akan bertemu pada Ahad nanti.

“Kami miliki skuad yang mantap yang mana kita mahu kekalkannya. Kami tidak ada niat untuk menjual Chilwell dan tidak perlu menjualnya. Dia bukan untuk dijual!” tegasnya mengenai masa depan pemain yang kerap kali menjadi sasaran perpindahan.

Sebelum ini dikhabarkan bek kiri muda England itu diletakkan tanda harga bernilai £60 juta sekiranya Chelsea mahu meneruskan minat untuk mendapatkannya. Namun, Chelsea dilaporkan mahu mengurangkan nilai tersebut kerana ianya agak mahal.

Leicester dikatakan sudah mula mencari pengganti yang sesuai buat Ben Chilwell dan dikatakan antara pemain yang sedang dipantau rapat oleh pengendali mereka, Brendan Rodgers adalah pemain berusia 30 tahun di Southampton, Ryan Bertrand.

Tetap akan hilang khidmatnya

Dalam pada itu, The Foxes dikhabarkan akan kehilangan khidmat Ben Chilwell dan beberapa lagi pemain sehingga musim 2019/20 berakhir. Chilwell telah mengalami kecederaan kaki ketika meraih kemenangan ke atas Crystal Palace pada 4 Julai lalu.

Ia jelas satu tamparan hebat buat Brendan Rodgers dan Leicester yang masih dalam pemburuan slot ke Champions League. Selain Chilwell, mereka turut kehilangan seorang lagi bek kiri Christian Fuchs dan juga pemain tengah, James Maddison.

Menurut laporan Sky Sport, Rodgers dipetik berkata, “Ben dan James tidak akan dapat beraksi sehingga ke penghujung musim ini. Kami telah kehilangan beberapa pemain akibat masalah kecederaan dan ia sangat tidak bernasib baik buat kami ketika ini.”

Dalam saingan Premier League ketika ini, Leicester berada di tangga ke-4 dengan 62 mata, satu mata di belakang Chelsea dan berkongsi mata bersama Manchester United yang akan menjadi pasukan terakhir bertemu mereka pada penghujung musim ini.

Kemunculan Luke Thomas

Kehilangan dua pemain bek kiri utama serentak memang menggusarkan Leicester di saat mereka mahu memburu tempat untuk kembali ke Champions League, sejak kali terakhir melakukannya pada musim 2016 ketika menjuarai Premier League.

Ben Chilwell dan Christian Fuchs sudah disahkan akan tidak beraksi sepanjang baki perlawanan musim ini dan bagaimana The Foxes akan melalui dua aksi penting menentang Tottenham pada esok dan juga Manchester United pada 26 Julai?

Pemain skuad B-23 mereka, Luke Thomas dikatakan tiada masalah untuk mengambil alih sementara peranan tersebut. Beraksi selesa ketika melakukan debut bertemu Sheffield United, bek kiri berusia 19 tahun itu kini dianggap prospek menarik.

Bersama skuad tersebut, Thomas telah beraksi dalam 15 perlawanan dengan majoritinya sebagai bek kiri dan tiga kali sebagai pemain sayap menyerang – sebagai persediaan untuknya lebih memahami fungsinya jika diserap ke skuad senior nanti.

Penutup

Walaupun Luke Thomas dikatakan antara prospek menarik yang menyerlah dalam debutnya, Leicester sudah tentu masih akan mempertahankan Ben Chilwell sebagai persediaan mereka untuk saingan kejohanan di Eropah pada musim depan.

Dengan pengesahan Brendan Rodgers, nampaknya, Chelsea dan Frank Lampard perlu mencari pemain lain untuk mengisi posisi bek kiri mereka bagi musim hadapan.

KREDIT FEATURED IMAGES: GETTY IMAGES

Baca lagi artikel mengenai Ben Chilwell dan Leicester City:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN